Wednesday, May 01, 2013

Jawatan Kosong di IKM Bintulu



Jawatan kosong di IKM Bintulu yang perlu segera diisi. Keutamaan kepada penduduk tempatan.

1) Boilerman gred R3 - 1 orang; lelaki sahaja - minimum second grade boilerman certificate - lantikan secara sambilan sebelum dipertimbangkan untuk dilantik tetap

2) Juruteknik - Pembantu Bengkel Gred J17 - 1 orang - Sijil dalam bidang yang berkaitan - Keutamaan kepada yang berpengalaman dalam bidang welding dan fabrikasi - lantikan secara kontrak sebelum dipertimbangkan untuk dilantik tetap

3) Pembantu Tadbir (Operasi) - Penyelia Asrama Gred N17 - 1 orang - Kelayakan akademik SPM - berminat untuk menyelia kebajikan pelajar - lantikan secara sambilan sebelum dipertimbangkan untuk dilantik tetap

4) Pemandu Gred R3 - 1 orang - Kelayakan akademik SPM dengan lesen PSV - lantikan secara sambilan sebelum dipertimbangkan untuk dilantik tetap

Yang berminat dan berkelayakan; dipersilakan untuk menghantar resume ke pejabat Kemahiran Mara Bintulu dengan segera. Sebarang kemuskilan boleh hubungi ditalian 086-311313 untuk perhatian Pn Maria / Puan Saftuyah / En Kamri. Atau email kepada mail@ikmbintulu.edu.my

Terima Kasih.

KTS Group Scholarship (Allowance) for Foundation Courses at University College of Technology Sarawak


University College of Technology Sarawak 
Closing Date: 30 May 2013

Tuesday, April 16, 2013

Apprentice Training Program in Automotive Mechatronics - Mercedes-Benz July 2013





Yearly Intake

Requirements :

  • Aged between 17 and 22
  • Completed SPM with at least 4 credits
  • Possess good interpersonal skills
  • Good written and verbal English

Program :

  • 3-year training + 4-year working bond
  • Special program under the National Dual Training System (NDTS) in collaboration with department of Skills Development (JPK) under Ministry of Human Resources
  • The training program covers the latest technical knowledge and diagnostic skills in line with the advanced technology of Mercedes-Benz products
  • The following certification are awarded upon graduation :
  • Scholarships are offered to all candidates.
  • Employment is guaranteed via bond after completion of the training with a minimum monthly salary of :
  • - RM 1,800.00 in the 1st year
  • - RM 2,200.00 in the 2nd year
  • - RM 2,600.00 in the 3rd year
  • - RM 3,000.00 in the 4th year
Interested candidates are required to complete the application form (from link below) and submit together with a detailed resume, copies of educational certificates, testimonials and a recent passport-sized photograph (n.r.) to:

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (Co. No. 596096-H)
Training Centre (AMT Recruitment)
No. 1, U1/16A, Jalan Saudagar Satu
Hicom Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Fax:+(603) 5569 1504 

Closing date: 26 April 2013

Monday, April 01, 2013

Program Siri Jelajah MARA & Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Negeri Sarawak 2013

Program Siri Jelajah MARA & Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Negeri Sarawak 2013

8 April – Auditorium IKM Bintulu
10 April – Dewan Suarah Marudi
16 April – Stadium Tertutup Lawas 

Masa: 8.00am – 2.00pm


Tuesday, March 12, 2013

Semakan Penempatan Pelatih Kumpulan 2 PLKN Siri 10/2013


Untuk semakan di laman web anda boleh terus ke sini: http://apps2.khidmatnegara.gov.my/penempatan

UPUB: Kursus Asas Tanaman Teknologi Fertigasi & Kursus Asas Tanaman Karas (Industri Gaharu)


Kursus Asas Tanaman Teknologi Fertigasi
Tarikh: 14 -15 Mac 2013
Tempat: Hotel Tanahmas, Sibu

&

Kursus Asas Tanaman Karas (Industri Gaharu)
Bahagian Limbang
Tarikh: 18 - 20 Mac 2013
Tempat: Hotel Purnama, Limbang

Bahagian Kapit
Tarikh: 23 - 25 Mac 2013
Tempat: Bilik Mesyuarat, Dewan Suarah Kapit

Career Opportunities at Institut Eksekutif


Career Opportunities at Institut Eksekutif
Kuching, Sarawak

Academic Positions - Senior Lectures / Lectures 
1. Business
2. Mathematics
3. English
4. Finance & Accouting
5. IT
6. Quantity Surveying
7. Construction Management
8. Civil Engineering / Environmental Engineering

Admin - Marketing Executives


Seramai 20,130 Pelajar Kolej Vokasional Jadi Kumpulan Pertama Peroleh Diploma Tanpa SPM


Bahasa Inggeris (BI) Mungkin Subjek Wajib Lulus Bermula SPM 2016



PORT DICKSON - Bahasa Inggeris berkemungkinan besar akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
   
Timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran berkata langkah ini seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
   
Katanya perkara itu sedang diperhalus Kementerian Pelajaran dan pelaksanaannya kelak diharap akan menurunkan peratusan pelajar yang gagal mata pelajaran berkenaan dalam SPM.
   
"Kalau ikut kurikulum yang sedia ada, ada lebih kurang 20 peratus pelajar kita yang gagal bahasa Inggeris, tapi saya yakin bila kita perkenalkan syarat wajib ini maka peratusan itu akan menurun.
   
"Lebih-lebih lagi kalau kita dapati pelajar itu perlukan 'intervensi' kerana mereka lemah dalam pembelajaran bahasa Inggeris, kita boleh tokok dengan menyediakan program tuisyen (dan) memberikan tumpuan pada pelajar lemah.
   
"Dan mungkin akan diadakan kelas tambahan kalau sekiranya dianggap perlu di sekolah-sekolah yang terpilih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Memperkukuhn Literasi dan Penguasaan Bahasa Inggeris' peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
   
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (fasa persediaan) (2012-2015), gelombang kedua (pelaksanaan)(2016-2020) dan gelombang ketiga (pentaksiran) (2021-2025).
   
Muhyiddin berkata dalam gelombang pertama pelan berkenaan, kementerian akan melatih seramai 61,000 guru bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah.
  
"Bagi memastikan tahap penguasaan bahasa Inggeris kita meningkat, antara program yang kita perkenalkan ialah kita bawa penutur jati membantu guru dan juga pelajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
   
"Seterusnya kita akan latih 61,000 guru bahasa Inggeris yang kita ada untuk (menjadikan mereka) lebih mahir dan lebih pakar lagi," katanya.
   
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata program Pengajaran Bahasa Inggeris dan Literasi (TELL) yang mula diperkenalkan pada 2011 menampakkan peningkatan yang memberangsangkan bagi penguasaaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan guru.

Katanya kemahiran mengajar bahasa Inggeris dalam kalangan guru Tahap Satu sekolah rendah telah meningkat secara purata sebanyak 54 peratus, sementara kebolehan menulis dan membaca bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, meningkat 16 peratus berbanding pelajar yang tidak berada dalam program itu.
  
"Saya difahamkan para mentor dan rakan sejawatan mereka di Malaysia telah bersama-sama menghasilkan ribuan bahan dan sumber komunikasi.
    
"Saya yakin dengan transformasi menyeluruh kementerian kini, telah membawa anjakan paradigma dalam cara kita berfikir, bertindak dan menyelesaikan masalah kecekapan bahasa dalam kalangan guru-guru Malaysia yang tidak lagi mustahil," katanya. .
   
TELL ialah program untuk mempertingkat tahap penguasaan bahasa Inggeris dan literasi dalam kalangan guru-guru bahasa Inggeris Tahap Satu (yang mengajar Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah.
   
Seramai 360 mentor yang merupakan penutur jati bahasa Inggeris dibahagikan kepada beberapa kawasan seluruh negara dengan setiap mentor akan bertanggungjawab menjaga lima buah sekolah dalam satu kawasan.  - Bernama

Semakan Penempatan Guru Interim di Sekolah Menengah KPM 2013


Semakan boleh dibuat di laman sesawang berikut: http://apps.moe.gov.my/gsst/semakanjan2013/index.cfm

Sunday, March 10, 2013

Jawatan Kosong Sebagai Guru Sambilan di MRSM Baling, Kedah



PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG SEPERTI BERIKUT:

(1) JAWATAN: GURU PENDIDIKAN ISLAM GRED DC41
KEKOSONGAN: 1 JAWATAN
TARAF JAWATAN: SAMBILAN
KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TEMPAT BERTUGAS: MRSM BALING, KEDAH
GRED GAJI DC41:
- GAJI POKOK: RM82.69 SEHARI
- EKA: RM13.04 SEHARI
- ITP: RM8.70 SEHARI

(2) JAWATAN: GURU SEJARAH GRED DC41
KEKOSONGAN: 1 JAWATAN
TARAF JAWATAN: SAMBILAN
KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TEMPAT BERTUGAS: MRSM BALING, KEDAH
GRED GAJI DC41:
- GAJI POKOK: RM82.69 SEHARI
- EKA: RM13.04 SEHARI
- ITP: RM8.70 SEHARI

(3) JAWATAN: GURU PENDIDIKAN SENI GRED DC41
KEKOSONGAN: 1 JAWATAN
TARAF JAWATAN: SAMBILAN
KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TEMPAT BERTUGAS: MRSM BALING, KEDAH
GRED GAJI DC41:
- GAJI POKOK: RM82.69 SEHARI
- EKA: RM13.04 SEHARI
- ITP: RM8.70 SEHARI

(4) JAWATAN: GURU MATEMATIK GRED DC41
KEKOSONGAN: 1 JAWATAN
TARAF JAWATAN: SAMBILAN
KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TEMPAT BERTUGAS: MRSM BALING, KEDAH
GRED GAJI DC41:
- GAJI POKOK: RM82.69 SEHARI
- EKA: RM13.04 SEHARI
- ITP: RM8.70 SEHARI

SYARAT LANTIKAN:

1. WARGANEGARA MALAYSIA
2.BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN.
3. MEMPUNYAI IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG YANG BERKAITAN DENGAN JAWATAN DIPOHON DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI TEMPATAN ATAU KELAYAKAN YANG DIIKTIRAF SETARAF DENGANNYA OLEH KERAJAAN.
4. CALON-CALON YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN MENGAJAR PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AKAN DIBERI KEUTAMAAN.

CARA MEMOHON:

PERMOHONAN HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA BERTULIS (RESUME). PERMOHONAN HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN SALINAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG TELAH DISAHKAN SEPERTI BERIKUT:

(i) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASSPORT
(ii) SALINAN SIJIL KELAHIRAN
(iii) SALINAN KAD PENGENALAN
(iv) SIJIL-SIJIL AKADEMIK DAN DOKUMEN YANG BERKAITAN

PERMOHONAN YANG TELAH LENGKAP DIISI BESERTA DOKUMEN YANG TELAH DISAHKAN HENDAKLAH DIHANTAR KE ALAMAT BERIKUT:

PENGETUA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALING,
KAMPUNG SERA, MUKIM PULAI,
09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN
NO. TELEFON: 04-4702882 / 4702884

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

21 MAC 2013 (KHAMIS)

Tuesday, March 05, 2013

Surat Pekeliling Arahan Arahan Menutup Sesi Persekolahan Sekolah-Sekolah di Bawah PPD Lahad Datu


Arahan menutup sesi persekolahan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran pejabat pelajaran Lahad Datu

Permohonan Latihan Industri di Petronas MLNG Bintulu Bermula Jun 2013


Application for Industrial Training 

Contact: 
PETRONAS LNG Complex
Tanjung Kidurong
P. O. Box 89
97007 Bintulu, Sarawak
MALAYSIA 

Tel : +6086 856 000
Fax : +6086 252 484 

Closing Date: 30 April 2013

Wednesday, February 27, 2013

PPD Kuching Siasat Segera Guru Besar Merotan Murid Sehingga Trauma


KUCHING: Tindakan ter­hadap guru besar yang di­dakwa merotan murid Tahun Empat sehingga trauma di sebuah sekolah di Jalan As­tana di sini telah dilakukan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah ber­kata PPD Kuching terus men­gadakan siasatan semalam (26 Februari) sejurus sahaja perkara itu dimaklumkan kepada mereka.

“Saya telah meminta lapo­ran daripada PPD Kuching, di mana mereka telah memak­lumkan bahawa siasatan telah diadakan pada hari ini iaitu 26 Februari.

“Bagaimanapun memand­angkan perkara ini telah di­laporkan kepada polis, maka kita serahkan kepada polis untuk melakukan tugas mere­ka,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Menurut beliau, apa yang dilakukan PPD kini adalah untuk mendapatkan perspek­tif daripada siasatan lapangan iaitu mendapatkan keteran­gan daripada individu berkai­tan di sekolah terbabit.

“Apa yang telah dilakukan PPD adalah untuk menda­patkan gambaran sebenar berlaku di kelas berkenaan dan saya merasakan tindakan telah dijalankan oleh PPD ke­pada guru besar berkaitan,” tegasnya.

Semalam akhbar menyiar­kan salah seorang daripada ibu bapa murid berkenaan tampil membuat laporan polis pada Isnin lepas (25 Februari) ter­hadap guru besar itu di Balai Polis Gita di sini.

Ibu berkenaan mendakwa guru besar itu merotan ana­knya sehingga menyebabkan pendarahan hidung yang serius dan ramai trauma serta enggan ke sekolah termasuk anaknya.

Fatimah menjelaskan men­urut laporan PPD, insiden berlaku apabila guru besar itu mengambil tindakan seperti yang didakwa ekoran keadaan sebuah kelas Tahun Empat yang sangat riuh dan bising selepas waktu rehat sekolah sementara menunggu kemas­ukan guru mata pelajaran.

Bagaimanapun guru besar telah ke kelas itu dan memberi amaran agar semua murid mendiamkan diri namun belum pun jauh guru besar berlalu dari kelas keadaan sudah mula kembali bising dan riuh.

Sehingga ada murid yang menjerit dan disebabkan itu guru besar terbabit bergegas semula ke kelas tersebut dan mengambil tindakan merotan di tapak tangan semua murid kelas itu.

“Kita tahu ia satu insiden yang menyedihkan namun oleh kerana ia masih dalam siasatan polis, maka kita biarkan pihak berkuasa ini melakukan tugas mereka,” tegas Fatimah lagi.


Saturday, February 23, 2013

Jawatan Kosong di Sekolah Dalam Hospital Sebagai Guru & Pembantu Pengurusan Murid


Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44(KUP) dan DG48 (KUP) dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) N17 di Sekolah Dalam Hospital seperti lokasi berikut :-
  • Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor
  • Hospital Umum Sarawak, Sarawak
  • Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah

Sila klik di sini  untuk maklumat lanjut.

Cara Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan berikut :-

                 Lampiran C - bagi jawatan PPPS

                 Lampiran D - bagi jawatan PPM
  • Bagi PPPS dan PPM di Sekolah Rendah Harian Biasa dan Sekolah Menengah Harian Biasa, borang permohonan MESTI dikemukakan melalui Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
  • Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Pengetua/Guru Besar kepada:


PENGARAH
JABATAN PELAJARAN NEGERI

Sila tuliskan OPSYEN MATA PELAJARAN di sebelah atas kiri sampul surat permohonan (bagi permohonan jawatan PPPS sahaja).

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Februari 2013 .

CATATAN: Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.