Monday, September 06, 2010

Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)

BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL (SLTP) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA

Program Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) yang diuruskan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi adalah satu program bagi menyediakan bekalan tenaga pengajar terlatih untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti.
Tawaran ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan, UTP, MMU dan UNITEN sahaja.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA SLTP DI DALAM NEGARA ( Tawaran dibuka sekali setahun sahaja) :
i. Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja;
ii. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan;
iii. Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 tahun dan ke atas;
iv. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 01 Januari 2010 ;
v. Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas di peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/STPM ;
vi. Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;
vii. Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;
viii. Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET ;
ix. Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan ; dan
x. Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.

PEMILIHAN
Proses pemilihan akan diadakan dalam dua peringkat iaitu:-
i. Hanya calon-calon yang memenuhi semua syarat yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki Ujian MeDSi yang akan dikendalikan oleh BAHAGIAN LATIHAN KERJAYA, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
ii. Calon-calon yang berjaya dalam ujian tersebut akan dipanggil untuk pemilihan dalam sesi temuduga yang akan diurusetiakan oleh BAHAGIAN LATIHAN KERJAYA, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

KONTRAK PERKHIDMATAN
Pemohon yang menerima tawaran Biasiswa ini dikehendaki berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Politeknik atau Kolej Komuniti dan sekiranya enggan, tuntutan gantirugi akan dikenakan mengikut kos tertentu atau perbelanjaan sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam perjanjian.

PERMOHONAN / PERTANYAAN
1. Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun.
2. Permohonan secara atas talian (online) sahaja akan dibuka pada 9 Jun 2009 di laman web mohe.gov.my.
3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Jun 2009.
4. Bidang kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut (bergantung kepada keperluan Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti) :
BIDANG-BIDANG TAJAAN BIASISWA SLTP
BIL KOD BIDANG / KURSUS (bergantung keperluan JPPKK)

1 A 01 UKUR BAHAN
2 A 02 SENIBINA
3 A 03 UKUR TANAH
4 A 04 KEJURUTERAAN AWAM ( ALAM SEKITAR )
5 A 05 PENYELENGGARAAN BANGUNAN
6 A 06 TEKNOLOGI PEMBUATAN PERABUT
7 A 07 REKABENTUK DALAMAN
8 A 08 KEJURUTERAAN ELEKTRONIK ( KOMPUTER )
9 A 09 KEJURUTERAAN ELEKTRONIK ( OPTOELEKTRONIK )
10 A 10 KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
11 A 11 TEKNOLOGI ELEKTRIK ( PEPASANGAN & MENSERVIS )
12 A 12 KEJURUTERAAN MEKANIKAL ( AUTOMATIF )
13 A 13 KEJURUTERAAN MEKANIKAL
( PENYAMAN UDARA & PENYEJUKBEKUAN )
14 A 14 KEJURUTERAAN MEKATRONIK
15 A 15 PEMBAIKPULIHAN PESAWAT ( MRO )
16 A 16 TEKNOLOGI PEMBUATAN BERSEPADU
17 A 17 TEKNOLOGI KIMPALAN & FABRIKASI LOGAM
18 A 18 PENYELENGGARAAN INDUSTRI
19 A 19 PENGURUSAN HOTEL & KATERING
20 A 20 PENGURUSAN PELANCONGAN
21 A 21 PELANCONGAN & PENGEMBARAAN
22 A 22 KECANTIKAN & DANDANAN RAMBUT
23 A 23 BAKERI & KONFEKSIONARI
24 A 24 TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN
25 A 25 PERKHIDMATAN KARGO & PELABUHAN
26 A 26 AKAUNTASI
27 A 27 PEMASARAN
28 A 28 PENGAJIAN PERNIAGAAN ( PENGURUSAN )
29 A 29 SAINS KESETIAUSAHAAN
30 A 30 PENGAJIAN PERNIAGAAN
31 A 31 REKABENTUK GRAFIK
32 A 32 INDUSTRI SERAMIK
33 A 33 INDUSTRI KRAFTANGAN
34 A 34 TEKNOLOGI MAKANAN
35 A 35 PEMPROSESAN & KAWALAN MUTU MAKANAN
36 A 36 TEKNOLOGI TERNAKAN
37 A 37 AGRO INDUSTRI
38 A 38 MEDIA DIGITAL ( VIDEO & PENGAJIAN FILEM )
39 A 39 TEKNOLOGI MAKLUMAT
( KOMPUTER PERIBADI & SOK RANGKAIAN )
40 A 40 TEKNOLOGI MAKLUMAT ( PENGATURCARAAN )
41 A 41 SISTEM KOMPUTER & SOKONGAN
42 A 42 MULTIMEDIA KREATIF ( ANIMASI / GRAFIK )
43 A 43 MULTIMEDIA KREATIF ( PENGIKLANAN )
44 A 44 MATEMATIK
45 A 45 PEMBANGUNAN DIRI
46 A 46 MATEMATIK GUNAAN
47 A 47 SAINS GUNAAN
48 A 48 BAHASA INGGERIS ( TESL / TESOL )
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
UNIT BIASISWA
BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 4, BLOK 1, MENARA PjH,
PRESINT 2
62100 PUTRAJAYA
( u.p. : Cik Zanariah / Encik Zulfadli / Cik Siti Bahirah )
Tel. : 03-8884 4600 / 4678 / 200
Faks : 03-8884 4701
E-mel : bspra@mohe.gov.my
zanaz@mohe.gov.my
zulfadli@mohe.gov.my
Sumber : http://www.portal.mohe.gov.my/

No comments: