Wednesday, August 17, 2011

Asrama Baharu Sekolah Harapan Dibina Untuk Gadis Hamil

  NR       Wednesday, August 17, 2011

SEKOLAH Harapan di Melaka ketika ini hanya mampu menempatkan 30 orang remaja hamil luar nikah pada satu-satu masa.


JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni.
Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad.
“Sejak ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 17 September tahun lalu, ia telah memberi perlindungan kepada 80 remaja hamil luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.
“Berdasarkan peranannya yang amat besar untuk memberi pelindungan kepada remaja bermasalah, kita perlukan asrama baru untuk menempatkan mereka,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada 30 penghuni sekolah itu Jalan Pegawai di sini semalam.
Ab. Rahaman berkata, pihaknya sedang menyiapkan permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.
Katanya, remaja bermasalah yang memasuki sekolah tersebut berjaya dibimbing apabila mereka menunjukkan keinsafan selepas menerima didikan agama dan bantuan kaunseling.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, 45 daripada 59 bayi yang dilahirkan di sekolah itu kini berada di bawah jagaan keluarga remaja yang hamil luar nikah.
“Lapan lagi bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat dan lima lagi masih berada di sekolah tersebut bersama ibu masing-masing,” katanya.
- Kosmo
logoblog

Thanks for reading Asrama Baharu Sekolah Harapan Dibina Untuk Gadis Hamil

Previous
« Prev Post

No comments: