Thursday, August 18, 2011

Buku Teks Abacus Mental Arithmetic (AMA) dalam BM dirancang asah minda kreatif

  NR       Thursday, August 18, 2011

Kanak-kanak genius dari China menunjukkan bakat mereka dalam teknik mengira menggunakan kaedah Abacus Mental Arithmetic di Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KAEDAH Abacus Mental Arithmetic (AMA) kini semakin luas penggunaannya di China kerana keberkesanan dalam melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kanak-kanak genius.

Kaedah AMA mampu membantu dalam mentransformasikan bidang pendidikan negara ini dengan melahirkan generasi yang mempunyai daya pemikiran tinggi tanpa kebergantungan yang kuat terhadap teknologi khususnya mesin pengira elektronik.

Justeru, Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL), melalui Bengkel Niaga Ala-Cina (BENA) mengadakan demonstrasi keupayaan kaedah AMA di Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah Program, Clive Einstein Naga berkata, bengkel yang dikendalikan Profesor Xu Si Zhong bersama 13 muridnya dari China itu bertujuan memberi kesedaran dan maklumat tentang kepentingan penggunaan AMA dalam memberi rangsangan secara langsung terhadap penggunaan otak kanan dan kiri.

“Program ini tertumpu kepada kanak-kanak seawal usia empat hingga lapan tahun yang mana mindanya masih berkembang dengan cepat terhadap rangsangan terutama melalui AMA.

“Malah, penggunaan kedua-dua bahagian otak yang dirangsang secara serentak mampu melahirkan modal insan berfikiran kelas pertama pada usia yang sangat muda,” jelasnya.

Menurut beliau, Profesor Xu Si Zhong yang merupakan pengasas kaedah pembelajaran ini telah diisytiharkan sebagai satu daripada 100 aset negara China yang sangat berharga terutama dalam bidang pendidikan.

“Buku teks beliau kini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran China untuk digunakan oleh kanak-kanak prasekolah, tahun satu dan tahun dua di peringkat sekolah rendah di seluruh negara China,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, program AMA ini telah diasaskan sejak 30 tahun dahulu dan Profesor Xu Si Zhong merupakan salah seorang fasilitator BENA yang dibarisi oleh pelajar-pelajar dan graduan beberapa universiti tempatan.

“Buku Teks AMA dalam bahasa Malaysia (BM) sedang dalam perancangan untuk diterjemahkan bagi kegunaan kanak-kanak di negara kita dan ia dikendalikan oleh pihak Profesor Xu Si Zhong dengan kerjasama PUSMAL dan BENA di Universiti Malaya.

“Selepas buku teks tersebut siap, pihak PUSMAL – BENA akan melatih pengusaha tadika, guru sekolah rendah dan pusat-pusat berkenaan untuk menjalankan kursus AMA di seluruh Malaysia,” terangnya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Buku Teks Abacus Mental Arithmetic (AMA) dalam BM dirancang asah minda kreatif

Previous
« Prev Post

No comments: