Wednesday, August 17, 2011

Dua Bahasa ajar Sains, Matematik

  NR       Wednesday, August 17, 2011



MUHYIDDIN menyampaikan hadiah kepada adik-beradik dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Negeri Sembilan, Lee Shan Shan dan Lee Ching Ching serta guru mereka, Chan Sook Lai (kanan) yang memenangi Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 Kategori Sekolah Menengah di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kementerian Pelajaran masih mengkaji kemungkinan menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kajian itu perlu dilakukan dalam konteks kerajaan telah memutuskan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) sama ada tawaran atau pilihan boleh dibuat kepada mana-mana sekolah yang berminat tanpa menimbulkan sebarang masalah.
Katanya, kajian itu sedang dilakukan oleh sebuah jawatankuasa kecil yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
"Ini kerana yang kita utamakan dalam dasar baru kita iaitu untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris. Saya tahu ramai ibu bapa berminat tentang soal pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris.
"Jadi apabila ada saranan begitu, mungkin ada pihak yang menyatakan boleh tak beri kelonggaran,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 di sini semalam.
April lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mendapatkan input daripada ibu bapa sebelum memutuskan mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Dua Bahasa ajar Sains, Matematik

Previous
« Prev Post

No comments: