Tuesday, August 30, 2011

KEMENTERIAN PELAJARAN KAJI SEMULA KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

  NR       Tuesday, August 30, 2011

Kementerian Kaji Semula Kurikulum Pendidikan Islam
MUAR – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji semula kurikulum baru mata pelajaran Pendidikan Islam yang dijangka siap dalam jangka masa terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran itu berkata, kurikulum baru Pendidikan Islam itu berkemungkinan akan menerapkan pembelajaran J-QAF.
“Kita berharap dapat melaksanakan kurikulum baru Pendidikan Islam dalam jangka masa terdekat,” katanya selepas selesai majlis tahlil di Surau Saadiah, di sini.
Pada majlis yang sama, beliau turut menerima sumbangan zakat sebanyak RM120,000 daripada Uda Holdings yang disampaikan oleh pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Terdahulu, pada majlis penyampaian bantuan pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Pejabat Pelajaran Daerah Muar, Muhyiddin berkata, sejak dilaksanakan sebanyak 35,000 mahasiswa telah menikmati bantuan terbabit. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading KEMENTERIAN PELAJARAN KAJI SEMULA KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Previous
« Prev Post

No comments: