Friday, August 26, 2011

PELAJAR UNIVERSITI STANFORD HILANG DI MALAYSIA DIJUMPAI MELALUI FACEBOOK

  NR       Friday, August 26, 2011

PETALING JAYA – Usaha mencari pelajar Universiti Stanford yang hilang, Jacob Boehm melalui laman rangkaian web sosial Facebook berakhir dengan berita yang cukup menggembirakan.
Pelajar berusia 22 tahun itu kini sedang berehat di Pusat Peranginan Kuala Tembeling berhampiran Taman Negara.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasegaran berkata, Jacob dilaporkan hilang selepas memasuki Malaysia dari Thailand.
“Selepas mengarahkan polis untuk memeriksa setiap pusat peranginan, kami telah menemuinya di Pusat Peranginan Kuala Tembeling berhampiran Jerantut,” katanya semalam semalam.
Ibu bapa Jacob sebelum itu telah membuat satu laman Facebook “Jacob Boehm hilang di Malaysia” selepas mereka gagal mencarinya, hingga ia menjadi berita utama beberapa buah akhbar di Amerika Syarikat.
Satu pengemaskinian pada laman itu akhirnya berjaya menjejaki Jacob di Taman Negara, di mana renjer taman menemui rekod masuk Jacob, yang dijangka akan keluar daripada taman berkenaan Selasa ini.
Ibunya, Nancy Luberoff berkata, maklumat yang diterima mengenai di mana Jacob berada ialah satu hasil daripada “komuniti Facebook yang menakjubkan”.
“Kami sangat berterima kasih,” katanya pada laman itu.
Jacob, yang mengembara seorang diri dengan pasport Amerika dan Jerman, telah berada di Thailand pada 9 ke 10 Ogos sebelum mula mengembara ke negara ini.
Menurut peta awam Google dimana Jacob mencatatkan jadual pengembaraannya, tempat-tempat yang dia telah pergi termasuklah di Kota Baru, Kuala Terengganu, Kuantan dan Jerantut.
Ibubapanya tidak mendapat sebarang berita daripadanya sejak 14 Ogos dan dia tidak mengakses akaun banknya lebih seminggu.
Mereka juga membuat laporan kehilangan dengan kedutaan A.S dan Jerman di Malaysia.
Atase akhbar Kedutaan A.S, Harvey Sernovitz mengesahkan yang keluarga Jacob telah menghubungi kedutaan di sini pada hari Khamis lalu.
“Kedutaan A.S telah berhubung dengan keluarga Jacob dan pihak berkuasa yang relevan,” katanya. (The Star)
logoblog

Thanks for reading PELAJAR UNIVERSITI STANFORD HILANG DI MALAYSIA DIJUMPAI MELALUI FACEBOOK

Previous
« Prev Post

No comments: