Tuesday, August 30, 2011

PERUNTUKAN TAMBAHAN ELAUN GURU GANTI KEPADA SEMUA JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)

  NR       Tuesday, August 30, 2011



PERUNTUKAN TAMBAHAN ELAUN GURU GANTI KEPADA SEMUA JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menurunkan peruntukan tambahan sebanyak RM 17, 449, 280.00 pada 25 Julai 2011 kepada semua Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terlibat dengan pengambilan dan pelantikan Guru Ganti. Tindakan ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar, di samping menjaga kebajikan guru dan kakitangan sekolah-sekolah di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu, semua Guru Besar dan Pengetua dipohon untuk berhubung terus dengan pihak JPN berkaitan perkara ini bagi memastikan pegambilan dan pelantikan Guru Ganti dapat dibuat mengikut keperuan sekolah masing-masing.


Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
25 Ogos 2011
logoblog

Thanks for reading PERUNTUKAN TAMBAHAN ELAUN GURU GANTI KEPADA SEMUA JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)

Previous
« Prev Post

No comments: