Friday, August 26, 2011

Peruntukan tambahan RM17,449,280 untuk lantik guru ganti

  NR       Friday, August 26, 2011

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM17,449,280 pada 25 Julai lalu kepada semua bahagian atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terbabit dengan pengambilan dan pelantikan guru ganti.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran, tindakan itu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar di samping menjaga kebajikan guru dan kakitangan sekolah di seluruh negara.

Sehubungan itu, guru besar dan pengetua diminta berhubung terus dengan JPN berkaitan perkara ini bagi memastikan pengambilan dan pelantikan guru ganti dibuat mengikut keperluan sekolah masing-masing. - BERNAMA
logoblog

Thanks for reading Peruntukan tambahan RM17,449,280 untuk lantik guru ganti

Previous
« Prev Post

No comments: