Tuesday, August 30, 2011

SYARAT BAHARU TING 1 SBP, 3A2B PELAJAR MISKIN, 4A1B PELAJAR LUAR BANDAR

  NR       Tuesday, August 30, 2011



SYARAT baru kemasukan ke SBP bakal membuka lebih peluang kepada murid-murid miskin dan luar bandar masuk ke SBP. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran menggubal syarat baharu kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, syarat baharu itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.
“Matlamat utama adalah supaya murid-murid ini akan mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu untuk merubah taraf hidup keluarga mereka ke arah kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
- Kosmo
logoblog

Thanks for reading SYARAT BAHARU TING 1 SBP, 3A2B PELAJAR MISKIN, 4A1B PELAJAR LUAR BANDAR

Previous
« Prev Post

No comments: