Tuesday, August 30, 2011

Universiti Tunku Abdul Rahman dipilih KPM melatih pelatih KPLSPM

  NR       Tuesday, August 30, 2011

KUALA LUMPUR – Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dipilih oleh Kementerian Pelajaran untuk melatih pelatih Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) di bawah program khas bahasa Inggeris.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu selaras dengan usaha dan strategi kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris di kalangan pelatih berkenaan.
Beliau berkata, program itu diperlukan dalam konteks dasar kerajaan untuk mempertahankan bahasa Melayu dan mengukuhkan bahasa Inggeris.
"Pensyarah yang pakar dan berkelayakan dalam bahasa Inggeris di UTAR sendiri akan menjalankan program itu dikenali sebagai Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian untuk mempromosikan kursus bahasa Inggeris antara UTAR dan Coree Corporation Sdn Bhd, di sini hari ini.
Ka Siong berkata, kemahiran pelatih dalam bahasa Inggeris akan juga diperbaiki agar mereka tidak menghadapi masalah apabila mula mengajar di sekolah.
"Kita akan latih lebih ramai guru bahasa Inggeris untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara, tetapi jumlah pelatih diambil bergantung pada permintaan,” kata beliau. – Bernama
logoblog

Thanks for reading Universiti Tunku Abdul Rahman dipilih KPM melatih pelatih KPLSPM

Previous
« Prev Post

No comments: