Saturday, October 01, 2011

2030 Pelajar dari 7 Buah Sekolah Parlimen Pagoh Terima Alat Tulis

  NR       Saturday, October 01, 2011


MUAR 30 Sept. - Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh mengagihkan kit alat tulis kepada 2,030 pelajar dari tujuh buah sekolah sebagai memberi perangsang kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.


Sumbangan itu diberi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).


Menurut Pengerusi sekretariat berkenaan, Tahir Taat, pihaknya sentiasa memberi galakan kepada golongan pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.


"Doa daripada kami semoga anak- anak di kawasan Parlimen Pagoh berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang serta seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi," katanya pada Majlis Penyampaian Kit Peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggung Ahmad, Kundang Hulu, di sini, hari ini.


Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Muar/Ledang, Ahmad Othman serta Guru Penolong Kanan 1 SMK Tengku Temenggung Ahmad, Ibrahim Abdul Rahman.


Tujuh buah sekolah yang menerima sumbangan itu adalah SMK Tengku Temenggung Ahmad, SMK Bukit Pasir, SMK Tun Sri Lanang, SMK Felcra Bukit Kepong, SMK Sultan Alauddin Pagoh, SMK Lenga dan SMK Maokil.


Tahir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, generasi muda perlu menguasai ilmu pengetahuan bagi memastikan arus pembangunan negara dapat diteruskan dan ditingkatkan kepada tahap yang lebih membanggakan.


- Utusan
logoblog

Thanks for reading 2030 Pelajar dari 7 Buah Sekolah Parlimen Pagoh Terima Alat Tulis

Previous
« Prev Post

No comments: