Monday, September 12, 2011

497,691 CALON UPSR TAHUN 2011, 13-15 SEPT

  NR       Monday, September 12, 2011


KUALA LUMPUR – Peperiksaan bertulis Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung pada 13 hingga 15 September ini.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran melalui satu kenyataan media memberitahu, seramai 497,691 calon telah mendaftar untuk menduduki ujian itu.
“Pada tahun ini seramai 497,691 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut Lembaga Peperiksaan, peperiksaan bertulis UPSR pada tahun ini melibatkan seramai 48,560 petugas peperiksaan.
Justeru, kata kenyataan itu, semua calon diminta merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan.
Jelas kenyataan itu, rujukan itu juga bertujuan supaya semua calon memahami arahan serta amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan itu berlangsung. – mynewshub.my
logoblog

Thanks for reading 497,691 CALON UPSR TAHUN 2011, 13-15 SEPT

Previous
« Prev Post

No comments: