Monday, September 12, 2011

6 TIMBALAN MENTERI, 19 AHLI PARLIMEN IKUTI PENGAJIAN DI UUM SESI 2011/2012

  NR       Monday, September 12, 2011


SINTOK – Seramai enam timbalan menteri dan 19 Ahli Parlimen (MP) yang lain mengikuti pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kuala Lumpur bermula Jun lepas.
Antara mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S K Devamany; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri; Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; dan MP Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang dilantik menjadi Ketua Kelas.
Naib Canselor UUM, Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, dua pengarah filem, Prof Madya Abdul Razak Mohaideen dan Ahmad Idhan Ahmad Nazri pula akan mendaftar pada 20 September ini untuk mengikuti pengajian peringkat PhD dalam bidang Pengurusan Industri Perfileman.
UUM juga bakal menerima lebih 300 pelajar antarabangsa dari 42 negara yang mengikuti pengajian ijazah sarjana dan PhD bagi sesi pengajian 2011/2012, katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan taklimat kepada ibu bapa dan waris pelajar baru di Dewan Mu”adzam Shah.
Beliau juga berkata, seramai 93 pelajar asing adalah antara 4,089 pelajar baru yang mendaftar di sini hari ini bagi memulakan pengajian peringkat ijazah pertama.
Pelajar asing tersebut ialah dari 13 buah negara antaranya seperti Indonesia, Somalia, Thailand, Arab Saudi, China dan India. – Bernama
logoblog

Thanks for reading 6 TIMBALAN MENTERI, 19 AHLI PARLIMEN IKUTI PENGAJIAN DI UUM SESI 2011/2012

Previous
« Prev Post

No comments: