Monday, September 12, 2011

BERIBU GURU MOGOK DI KENYA, 40% SEKOLAH DITUTUP 11.1 JUTA PELAJAR TERJEJAS

  NR       Monday, September 12, 2011


NAIROBI 7 Sept. - Kebanyakan sekolah di Kenya terpaksa ditutup hari ini apabila beribu-ribu orang guru melancarkan mogok meminta kerjaan menambah bilangan guru di sana.


Kesatuan Guru Kenya Kebangsaan (KNUT) yang mempunyai seramai 200,000 orang ahli, meminta kerajaan untuk mengupah lebih ramai guru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah selepas Presiden Mwai Kibaki memperkenalkan pendidikan sekolah menengah dan rendah percuma.


“Kesemua sekolah rendah kerajaan dan 40% sekolah menengah ditutup, dan 11.1 juta pelajar terjejas,” kata pegawai kesatuan, David Okuta. - Reuters



Setiausaha Agung Kesatuan Guru Kebangsaan Kenya, Encik Okuta Osianyi Menangani beribu-ribu guru Mogok di Kenya.
logoblog

Thanks for reading BERIBU GURU MOGOK DI KENYA, 40% SEKOLAH DITUTUP 11.1 JUTA PELAJAR TERJEJAS

Previous
« Prev Post

No comments: