Saturday, October 01, 2011

Guru Agama berniat untuk mencabul murid 8 Tahun

  NR       Saturday, October 01, 2011

KUCHING, 29 Sep 2011: Saudara-mara seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun membuat laporan polis Selasa lalu dengan mendakwa seorang guru agama di sekolahnya mempunyai niat untuk mencabul kanak-kanak tersebut.
Ibu saudara kanak-kanak itu memberitahu pemberita, insiden berkenaan berlaku di sekolahnya di Semariang sekitar jam 5 petang selepas tamat kelas agama.
“Anak saudara saya sedang menunggu ibunya keseorangan apabila guru terbabit yang dipercayai dalam lingkungan umur 20-an membawanya ke sebuah bilik dengan alasan untuk mengajarnya bagaimana untuk mengambil air sembahyang,” katanya.
Tambahnya, guru itu asyik cuba memujuk anak saudaranya itu memasuki sebuah bilik gelap tetapi enggan dan mula menangis sebelum lari dan kemudian memberitahu ibunya mengenai insiden itu.
“Saya percaya, guru itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap anak saudara saya kerana dia tidak ada sebab untuk membawanya ke dalam bilik itu seorang diri.
“Dia kononnya, mahu menunjukkan cara mengambil air sembahyang tetapi kenapakah dia mahu berbuat demikian seorang diri dan tidak semasa kelas bersama murid lain?” tanyanya kehairanan.
Dia juga berkata, dia cuba menghubungi ustaz berkenaan yang mengajar di sekolah terbabit sebagai guru sandaran – tetapi tidak dapat dihubungi.
Selain itu, ibu saudaranya mendakwa beberapa orang guru dari sekolah yang sama diketuai guru disiplin datang ke rumahnya petang hari yang sama untuk membincangkan perkara itu.
Bagaimanapun, suaminya yang bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri menolak usaha mereka dan menasihati isterinya untuk membuat laporan polis.
Keluarga saya berasakan ia adalah demi kebaikan anak saudara kami yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, untuk melaporkan perkara itu kepada polis sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi kaum hawa daripada guru-guru yang berniat jahat,” tambahnya.

- UB

logoblog

Thanks for reading Guru Agama berniat untuk mencabul murid 8 Tahun

Previous
« Prev Post

No comments: