Monday, September 12, 2011

PELAKON MUBARAK IKUTI IJAZAH SARJANA MUDA LAKONAN DAN PENGARAHAN SEPENUH MASA DI USM

  NR       Monday, September 12, 2011


GEORGE TOWN – Kejayaan empat anak pelakon, Mubarak Majid menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi pendorong kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran dan turut memiliki segulung ijazah.
Semalam, Mubarak, 55, adalah antara 3,883 pelajar baharu yang mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini dan beliau akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan secara sepenuh masa.
“Sudah lama saya mahu menyambung pelajaran namun hasrat itu terbantut akibat menguruskan keluarga dan anak-anak yang masih kecil. Kejayaan anak-anak seramai empat orang yang berjaya menamatkan pengajian di IPTA telah mendorong saya untuk berjaya seperti mereka.
“Dulu giliran mereka, sekarang tiba pula giliran saya untuk membuat mereka bangga,” kata Mubarak atau nama sebenarnya Mohamad Mubarak Majid ketika ditemui di sini.
Katanya, dua lagi anaknya sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan belajar di tingkatan lima.
- Kosmo
logoblog

Thanks for reading PELAKON MUBARAK IKUTI IJAZAH SARJANA MUDA LAKONAN DAN PENGARAHAN SEPENUH MASA DI USM

Previous
« Prev Post

No comments: