Friday, September 23, 2011

Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA

  NR       Friday, September 23, 2011

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, inovasi, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi, berdisiplin dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusiinstitusi Pendidikan MARA (IPMa).

SKIM PERKHIDMATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
KLASIFIKASI:  PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar dan mendidik,serta menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan subjek/bidang yang dipohon :- 

Bidang /Subjek : 
• Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris
• Bimbingan & Kaunseling • Bahasa Mandarin
• Sejarah • Bahasa Perancis
• Geografi • Bahasa Russia
• Matematik • Bahasa Jepun
• Perakaunan • Kemahiran Hidup
• Biologi • Sains Komputer
• Fizik • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Kimia • Pendidikan Islam/Tassawur
• Pendidikan Senireka/Reka Grafik  
• Islamic Economic
• Pengajian Hafazan (Tahfiz) 
• Media
Setiap permohonan jawatan akan  disemak dan ditapis mengikut kelulusan yang bersesuaian dengan subjek pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa).  

Sila rujuk syarat- syarat permohonan jawatan di lampiran.Jika berminat sila lengkapkan permohonan jawatan secara online di laman web MARA www.mara.gov.my

TARIKH TUTUP : 7 OKTOBER 2011

logoblog

Thanks for reading Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA

Previous
« Prev Post

No comments: