Thursday, September 29, 2011

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2012

  NR       Thursday, September 29, 2011


A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred
C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011.
2. Mendapat  markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM
(UKKM).

B. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN  KE MRSM (UKKM)
1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 Nov hingga 2 Dis 2011.
2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang
permohonan secara online.
NOTA: 
1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

C. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan
Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan)
di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon
dan tidak akan ditawarkan ke  MRSM.
3.    Pemohon hendaklah lulus  Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah
Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik
dan subjek Sains.

D. CARA-CARA MEMOHON
1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di  Pejabat MARA Negeri,
Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 hingga 20 Oktober
2011. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh
tersebut.
2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011
yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2011, semasa mendapatkan kata laluan.  
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang
permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4.  Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke
alamat seperti di bawah: 

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2012)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 20 Oktober 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewatlewatnya pada 26 Oktober 2011.
3. Pemohon  boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012. 
Sekiranya  pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga  30 April 2012 
permohonan anda dianggap tidak berjaya.
logoblog

Thanks for reading Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2012

Previous
« Prev Post

No comments: