Thursday, September 29, 2011

PM UMUM DANA RM10 JUTA PENUBUHAN AINUDDIN WAHID ENDOWMENT FUND BANTU PELAJAR PHD DI UITM

  NR       Thursday, September 29, 2011



NAJIB menunjukkan biografi Ainuddin Pejuang Degil Melayu pada majlis pelancaran buku tersebut di UTM, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan, Fatini dan Zaini.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan penubuhan Ainuddin Wahid Endowment Fund dengan dana RM10 juta bagi membiayai pelajar peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Perdana Menteri berkata, dana berkenaan akan diagihkan secara berperingkat dengan peruntukan RM2 juta setahun untuk tempoh lima tahun.
Ketika melancarkan biografi Ainuddin Pejuang Degil Melayu di UTM, Jalan Semarak di sini, beliau berkata, dana itu akan digunakan untuk membiayai lima pelajar PhD setiap tahun yang daripada kumpulan 'creme de la creme' iaitu yang terbaik.
"Pelajar-pelajar PhD yang dibiayai oleh dana ini juga berpeluang untuk mengikuti sandaran selama enam bulan semasa pengajian di salah sebuah institusi akademik tersohor dunia iaitu Universiti Oxford, Cambridge, MIT atau Imperial College," katanya.
Dalam ucapannya, Najib juga mengingatkan rakyat supaya tidak sekali-kali melupakan sejarah dan perjuangan pemimpin terdahulu yang menyumbang kepada kemakmuran negara yang dinikmati hari ini.
- Kosmo
logoblog

Thanks for reading PM UMUM DANA RM10 JUTA PENUBUHAN AINUDDIN WAHID ENDOWMENT FUND BANTU PELAJAR PHD DI UITM

Previous
« Prev Post

No comments: