Wednesday, September 07, 2011

PTPTN SASAR 800,000 PEMINJAM TUKAR KEPADA SISTEM UJRAH TAHUN 2011

  NR       Wednesday, September 07, 2011



PASIR PUTEH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mensasarkan 800,000 peminjam akan menukar kaedah pinjaman mereka daripada sistem konvensional kepada sistem pinjaman Islam atau ujrah pada tahun ini.

Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 1.8 juta individu yang mendapat pinjaman selepas tahun 2008.

PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (tiga peratus) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (satu peratus) secara berperingkat.
Beliau berkata, tarikh akhir untuk menukar kaedah pinjaman ialah sebelum 30 September ini. - BERNAMA
logoblog

Thanks for reading PTPTN SASAR 800,000 PEMINJAM TUKAR KEPADA SISTEM UJRAH TAHUN 2011

Previous
« Prev Post

No comments: