Saturday, September 24, 2011

Sejumlah 530 Guru Cemerlang Negeri Pahang

  NR       Saturday, September 24, 2011

MARAN 23 Sept. - Guru cemerlang perlu menjadi golongan pemikir yang mencetuskan idea baharu lebih segar dan efektif bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Pahang.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mazlan Mohamad(Gambar) berkata, guru berkenaan berupaya memberi suntikan baharu berdasarkan kepada pelbagai situasi bukan sahaja dalam bilik darjah bahkan di luar bilik darjah.

Tegasnya, mereka perlu melakukan perancangan secara strategik dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik, bina insan dan kokurikulum.

"Dalam situasi ini guru perlu menghasilkan bahan-bahan ilmiah atau penyelidikan yang boleh diguna pakai sebagai rujukan bukan sahaja oleh pelajar bahkan oleh ahli masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Persidangan Ilmiah Pedagogi dan Pandragogi serta Inovasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, mereka perlu menjadi golongan yang sentiasa memberi pandangan positif kepada kemajuan pendidikan, serta menyokong pelaksanaan dasar-dasar pendidikan negara.

Katanya lagi, mereka dianggap sebagai rakan kongsi paling akrab oleh jabatan dalam membantu merangka program kecemerlangan bagi meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan utama.

Sementara itu, pengerusi persidangan, Bajuri Rabu berkata, program bertemakan Guru Cemerlang Peneraju Transformasi Pendidikan Berkualiti itu memberi ruang kepada guru mewujudkan perkongsian pintar bersandarkan kepada pengetahuan, pengalaman dan kepakaran mereka.

"Jumlah Guru Cemerlang Negeri Pahang sekarang ialah 530 orang dengan pelbagai gred jawatan bermula dari Gred DG32, DG34, DG44, DG48, DG52, DG54 dan Gred Khas C," katanya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Sejumlah 530 Guru Cemerlang Negeri Pahang

Previous
« Prev Post

No comments: