Thursday, September 15, 2011

SUBJEK SEJARAH KURANG TEPAT: TUN MAHATHIR

  NR       Thursday, September 15, 2011

ALOR SETAR: Subjek Se­jarah yang diajar di sekolah-sekolah dilihat kurang tepat kerana tidak mempunyai latar belakang perjuangan kemer­dekaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, subjek itu tidak begitu tepat kerana salah satunya cerita mengenai peranan Tunku Abdul Rah­man yang memperjuangkan kemerdekaan negara tidak banyak disebut dalam silibus subjek berkenaan.
“Ramai daripada generasi muda tidak begitu faham dengan sejarah dan asal-usul negara kerana ada percubaan untuk mengubah sejarah dari­pada fakta kepada khayalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Centen­nial KSAH-SAHOCA di sini semalam.
Beliau berkata, kerana itu­lah kerajaan perlu menumpu­kan apa sebenarnya berlaku supaya tulisan tentang sejarah negara tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik semasa.
“Bukan mengkaji semula se­jarah tetapi perlu balik kepada benda yang benar. Sejarah sudah berlaku dan kita tidak boleh ubah sejarah dan apa yang berlaku dahulu…ber­lakulah,” katanya mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Jumaat.
Mohamed Khaled berkata, sukatan pelajaran subjek Se­jarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta men­genainya hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muham­mad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya ‘Historical fact and fiction’.
Dr Mahathir berkata, seka­rang ini generasi muda men­ganggap bahawa perjuan­gan untuk kemerdekaan itu perkara biasa kerana mereka dilahirkan dalam sebuah ne­gara yang sudah merdeka dan makmur.
“Jadi mereka (generasi muda) menganggap bahawa dalam mana-mana negara pun akan berlaku demikian, tapi kalau kita buat lawatan ke ne­gara-negara lain yang menca­pai kemerdekaan semasa kita mencapai kemerdekaan, kita akan dapati bahawa mereka tak dapat bangunkan negara mereka seperti Malaysia,” katanya. — Bernama
logoblog

Thanks for reading SUBJEK SEJARAH KURANG TEPAT: TUN MAHATHIR

Previous
« Prev Post

No comments: