Monday, October 03, 2011

3,000 guru Khidmat Masyarakat terima tunggakan elaun Yayasan Islam Terengganu

  NR       Monday, October 03, 2011
KUALA TERENGGANU: Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat akan menerima tunggakan elaun daripada Yayasan Islam Terengganu  (YIT) esok membabitkan peruntukan berjumlah RM4.7 juta. 

Pengarah YIT, Md Kamaru Al-Amin Ismail, berkata tunggakan itu bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

"Tunggakan itu berikutan kenaikan elaun daripada RM150 sebulan kepada RM300," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YIT, di sini hari ini.
Mengulas perkembangan lain, Md Kamaru Al-Amin berkata YIT akan membuka tiga lagi tadika tahun depan menjadikan jumlah keseluruhan 21. 

Tadika terbabit akan dibuka di Kampung Seberang Takir di sini, di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun dan Kampung Mak Nik Kijal, Kemaman. 

Setiap bangunan Tadika itu bernilai RM3.5 juta dan mampu menempatkan sehingga 700 orang murid pada satu-satu masa, katanya. - BERNAMA

logoblog

Thanks for reading 3,000 guru Khidmat Masyarakat terima tunggakan elaun Yayasan Islam Terengganu

Previous
« Prev Post

No comments: