Monday, October 10, 2011

600 Usahawan Muda Dicari Ceburi Bidang Francais


Program ini akan menjelajah ke 13 negeri di seluruh negara diadakan selam enam bulan disertai oleh francaisor tempatan yang dipilih oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) antaranya House of Healin, SABA Islamicdan Children Islamic Centre (CIC). Lokasi pertamanya di Muar, Johor pada 9 Oktober diikuti Selangor, Manjung (Perak), Seberang Prai (Pulau Pinang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, program turun padang itu sebagai inisiatif kerajaan mempromosi peluang perniagaan francais kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan belia dan lepasan siswazah.


“Sehingga September lalu, sebanyak 561 perniagaan francais didaftar dengan 69 peratus adalah francais tempatan dan selebihnya francais luar negara berbanding jumlah 492 pada tahun 2010. Bagaimanapun, hanya 28 peratus terdiri dari usahawan Bumiputera.

“Bagi membantu usahawan, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan turut serta bagi menyediakan dana pinjaman kecil di bawah Program Pembangunan Francais bagi nilai sehingga RM50,000 dengan kadar faedah lebih rendah berbanding institusi kewangan,” katanya pada pelancaran program itu di ibu negara minggu lalu.


Turut hadir pada pelancaran itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pelaksana Program Jelajah 1Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan dan Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Ezad Emir sebagai penganjur bersama.


Ismail berkata, program sehari itu berbentuk taklimat, klinik dan pameran penggiat francais yang akan berkongsi pengalaman dan kejayaan bagi meningkat kefahaman peserta mengenai kelebihan francais.

- hMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...