Monday, October 03, 2011

The Charity Chest: Taikun Sarawak libatkan diri dalam aktiviti pendidikan

  NR       Monday, October 03, 2011

KOTA SAMARAHAN: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menyeru taikun-taikun perniagaan di Sarawak agar melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan pendidikan di negeri ini.
Beliau berkata, taikun perniagaan di Sarawak perlu mengkaji kemungkinan mendirikan sebuah yayasan kebajikan bagi sekolah di negeri ini sejajar dengan penubuhan ‘The Charity Chest’ baru-baru ini.
Fatimah menjelaskan, ‘The Charity Chest’ merupakan contoh yang baik untuk peranan yang boleh dimainkan oleh sektor swasta dalam memajukan lagi pendidikan di negara ini.
“’Charity Chest’ sudah berjanji untuk mengagihkan sekurang-kurangnya RM100 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah untuk kerja penyelenggaraan, selain membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.
“Ia pasti bagus jika taikun di Sarawak melakukan perkara yang sama bagi melengkapi usaha yang dilakukan kerajaan sekarang,” katanya pada majlis perasmian bangunan baru SJK Chung Hua Sungai Jernang di sini, semalam.
Tambahnya, langkah tersebut merupakan satu inisiatif yang baik demi meningkatkan mutu prasarana sekolah terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negeri ini
“Pertubuhan bukan mencari keuntungan sedemikian penting untuk negara terus meningkatkan kemudahan sekolah kerana pembangunan fizikal yang baik di sekolah boleh membantu pelajar mencapai prestasi lebih baik,” ujarnya.
Pada masa sama, Fatimah memberitahu peningkatan aktiviti ekonomi negara turut diiringi pembangunan pendidikan.
“Setiap kawasan pesat membangun dari segi aktiviti ekonomi, pasti ia akan diikuti oleh aktiviti pendidikan yang ditubuhkan oleh taikun di kawasan tersebut bagi tujuan pendidikan.
“Sebagai contohnya SJK Chung Hua ditubuhkan oleh taikun terdiri daripada masyarakat Cina bagi membuka ruang pendidikan kepada anak-anak mereka,” jelasnya.
Justeru, beliau berharap lebih ramai taikun di Sarawak melakukan perkara sama bagi memenuhi keperluan dana kebajikan pendidikan selari dengan kehendak kerajaan dalam usaha bersama-sama memajukan institusi pendidikan negara.
- UB
logoblog

Thanks for reading The Charity Chest: Taikun Sarawak libatkan diri dalam aktiviti pendidikan

Previous
« Prev Post

No comments: