Monday, October 03, 2011

GiatMara Akan Perkenal Kursus Pembuatan Kapal Layar Warisan Melayu 2014

  NR       Monday, October 03, 2011
GiatMara Akan Perkenal Kursus Bina Kapal Layar
PELABUHAN KLANG – GiatMara dalam usaha mempertahankan warisan senibina tradisi Melayu akan memperkenalkan kursus pembuatan kapal layar warisan Melayu selewat-lewatnya pada 2014.
Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara Meriyam Abd Majid berkata, kurikulum kursus selama 12 bulan itu berdasarkan ilmu yang diperolehi daripada pakar pembuatan kapal berkenaan dari Terengganu, Abdullah Muda, 68, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah.
Beliau mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam bidang terbabit.
Bercakap kepada pemberita di Festival Maritim di Institut Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL) Pulau Indah, di sini, Meriyam berkata empat tenaga pengajar dan lima pelatih GiatMara telah dihantar untuk mempelajari senibina kapal layar itu selama lebih tiga tahun dengan Pak Lah.
Kursus itu akan diperkenalkan di Pusat Giat Mara Bukit Rakit, Terengganu dan Pusat Pembinaan dan Pembaikan Bot, Mersing, Johor.
Mengenai Kapal Warisan Duyung GM1 yang dipamerkan di festival maritim itu, beliau berkata ia berjaya dihasilkan membabitkan kos RM3.2 juta yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dengan menggunakan khidmat nasihat, tunjuk ajar serta idea dari Pak Lah. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading GiatMara Akan Perkenal Kursus Pembuatan Kapal Layar Warisan Melayu 2014

Previous
« Prev Post

No comments: