Tuesday, October 04, 2011

Good Money in Technical Education

  NR       Tuesday, October 04, 2011

SCORE will need over 217,000 semi-skilled workers in the next 20 years, says Taib
KUCHING: Children, especially those from the rural areas, should be encouraged to pursue technical education because the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) would require at least 217,000 semi-skilled workers by 2030, said the chief minister yesterday.
Pehin Sri Abdul Taib Mahmud said efforts should now be made to help parents in the rural areas understand the situation so they would take proactive measures to spur their children to be technically skilful.
Speaking at ‘PPKS National Technical HRD Conference 2011’ here, Taib also spoke of the need for all the key players, especially those in technical and vocational institutions, to work together to ensure the level of technical education in the state was on par with that in countries such as Germany and Australia.
One area which needed serious attention is the bridging of the gap between those at the certificate, diploma and tertiary levels.
Taib told those present that the supply of manpower, especially those at the lower skill level, ought to be pondered seriously because there was likely to be a shortage when countries in the South East Asian region, especially Malaysia, hit the high-income economy status in the near future.
“The competition will be tough and the best solution is to train more people now as we cannot just fight the situation by `buying’ people to work here,” Taib said.
He said he foresee technical education mushrooming into a rewarding one for the people in the future.
“The view that working in the technical field is not prestigious would no longer be relevant in future as it is a potential source of high income,” he said.
Taib revealed that to get more people to become interested in technical education, efforts to explain job opportunities related to technical education would be organised.
“Awareness campaigns (on technical education) would be implemented in the rural areas for the benefit of the youths there,” he said.
On PPKS, Taib advised them to proceed with what they were doing until some kind of cooperation and coordination could be etched out between them and University College Laila Taib in Sibu.
“The government is trying to get these two entities together not only to hasten the pace of training but also to make such trainings more practical and match the requirements of SCORE,” Taib revealed.
- The Borneo Post



Pendekatan menyeluruh perlu untuk tarik minat pelajar ceburi bidang ini: Taib
KUCHING: Satu pendekatan menyeluruh perlu diwujudkan untuk menarik minat pelajar menceburi bidang teknikal bagi memenuhi permintaan tenaga kerja yang tinggi pada masa depan.
Menurut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, masa depan dalam sektor itu sangat cerah memandangkan negeri sedang bergerak menuju ke arah perindustrian sejajar dengan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Sektor teknikal akan memberi ganjaran lebih besar kerana pembangunan Sarawak yang seterusnya adalah di bawah SCORE, akan bergantung sepenuhnya terhadap kejayaan Sarawak melancarkan industri berat.
“Oleh sebab itulah kita memerlukan lebih ramai orang dalam bidang teknikal, khususnya di peringkat lebih rendah,” katanya ketika melancarkan Persidangan Pem- bangunan Sumber Manusia Teknikal Kebangsaan di sini, semalam.
Taib berkata, kerajaan akan berusaha meyakinkan ibu bapa bahawa tanggapan be-kerja dalam bidang teknikal tidak berprestij tidak lagi rele-van pada masa akan datang kerana bidang ini bakal memberi sumber pendapatan yang lebih tinggi.
Justeru, katanya ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menanam minat dan memberi pendedahan kepada anak-anak tentang peluang pasaran kerja dalam bidang teknikal.
Permintaan yang tinggi dalam bidang teknikal, khususnya yang mempunyai sijil dan diploma pada masa akan datang, katanya, mendorong kepada pemberian gaji lebih lumayan berasaskan kepada kelayakan akademik dalam bidang berkenaan.
“Orang ramai perlu sedar bahawa bukan sahaja peluang pekerjaan dalam sektor itu amat banyak pada masa depan, tetapi ganjarannya juga akan berkembang lebih tinggi dari sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau percaya ramai orang khususnya di luar bandar mempunyai bakat semula jadi dalam sektor itu walaupun tidak mempunyai persijilan yang diiktiraf.
Menurutnya, walaupun golongan ini tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai bidang itu, tetapi kemahiran yang mereka tunjukkan dalam mengendalikan mesin dan peralatan membuktikan mereka setanding dengan golongan yang mempunyai persijilan.
“Bakat itu perlu dimanfaatkan. Kita (kerajaan) boleh menukarkan kemahiran itu daripada tidak diiktiraf ke-pada diiktiraf untuk menarik lebih ramai orang ke sektor ini.
“Cerita kejayaan orang ini akan mampu menggalakkan orang lain untuk menerokai peluang pekerjaaan dalam sektor ini pada masa depan,” katanya.
Majlis turut menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dengan Training and Further Education (TAFE) Central Institute of Technology.
MoU itu membolehkan kedua-dua pihak membuat pertukaran dan kerjasama tenaga pengajar serta penuntut selain menjadikan PPKS sebagai pusat TAFE Australia di Sarawak.
Sementara itu, menurut Pengerusi PPKS Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, persidangan itu yang bertemakan ‘Masa Depan Negara Berkemahiran’ itu sejajar dengan inisiatif transformasi pembangunan ekonomi dalam menyediakan tenaga kerja khususnya dalam SCORE.
“Pembangunan SCORE di wilayah tengah Sarawak memberi kita ilham untuk menganjurkan persidangan ini dan diharapkan hasilnya akan dapat memberi petunjuk kita ke arah, polisi dan strategi yang betul dalam melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi dan berbakat,” katanya.
- UB
logoblog

Thanks for reading Good Money in Technical Education

Previous
« Prev Post

No comments: