Tuesday, October 11, 2011

Kekurangan Infrastruktur: Kerajaan Digesa Sedia Peruntukan Khas Untuk Sabah, Sarawak


SIBU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menggesa kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak kerana masih banyak sekolah di kedua-dua negeri ini kekurangan infrastruktur.
Presidennya William Ghani Bina berkata, sekolah-sekolah tersebut kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar dan ia jauh ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia.
Ghani juga berharap agar lebih ramai anak muda di kedua-dua negeri ini dilatih dan dihantar ke sekolah luar bandar.
Ia adalah sebahagian daripada jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah kekurangan guru, setelah diminta berpindah kembali ke kampung halaman masing-masing.
“Kami berharap kerajaan mempertimbangkan pekara tersebut selain menyelami sendiri keperluan sekolah-sekolah yang dimaksudkan.
“Ini kerana terdapat antara sekolah berkenaan telah wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.
“Infrastruktur sekolah perlu diberi keutamaan dan ia termasuk asrama, bangunan kelas dan sebagainya untuk mengwujudkan persekitaran pembelajaran yang sempurna,” ujar beliau ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Katanya, beliau mahukan sekolah-sekolah di negeri ini termasuk Sabah setanding dengan sekolah yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
- UB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...