Monday, October 03, 2011

KTAR Bakal Dinaik Taraf Ke Status Kolej Universiti

  NR       Monday, October 03, 2011

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak mempunyai halangan untuk menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) kepada status kolej universiti sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
“Atas hasrat MCA, KTAR kalau cukup syarat, tak ada halangan untuk dinaik taraf ke status kolej universiti,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58 di Wisma MCA di sini hari ini.
Sebelum itu, presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapan dasarnya berkata parti itu sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti.
Beliau berkata KTAR akan terus menyumbang melahirkan tenaga terlatih dan profesional untuk negara.
KTAR merupakan institusi milik MCA yang ditubuhkan pada 24 Feb 1969. Kini, ia mempunyai enam cawangan di seluruh negara dengan 30,000 pelajar yang kebanyakan mengikuti pelbagai kursus dalam peringkat sijil dan diploma. – BERNAMA
logoblog

Thanks for reading KTAR Bakal Dinaik Taraf Ke Status Kolej Universiti

Previous
« Prev Post

No comments: