Monday, October 03, 2011

Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan SMK Seri Pekan

  NR       Monday, October 03, 2011

 NAJIB bersalaman dengan tenaga pengajar Pahang ketika Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, semalam. - Foto BERNAMA
NAJIB bersalaman dengan tenaga pengajar Pahang ketika Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, semalam. - Foto BERNAMA
Peluang untuk semua orang jadi insan berjaya tanpa kira kedudukan: PM

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, sistem pendidikan di negara ini lebih baik daripada sistem diamalkan di negara maju kerana ia memberi peluang kepada semua orang menjadi insan yang berjaya tanpa mengira kedudukan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, di sesetengah negara maju hanya anak orang yang mempunyai kedudukan istimewa atau berkemampuan yang boleh berjaya tetapi sebaliknya jika lahir sebagai anak buruh atau tinggal di kawasan setinggan, kemungkinan untuk berjaya amat tipis sekali.
Saya percaya jika pelajar kita didedah dalam satu sistem yang memberi kemudahan sebaik mungkin, dididik oleh guru yang benar komited dan mendapat sokongan serta rangsangan daripada ibu bapa, insan itu boleh menjadi insan berjaya. - Najib Razak, Perdana Menteri
“Jika mereka hendak berjaya, mereka mestilah menjadi seorang ahli tinju yang hebat atau pemain bola keranjang yang luar biasa, baru mereka dianggap berjaya. Bagaimanapun, di negara ini, kita boleh berbangga bahawa sistem pendidikan kita memberi laluan kepada anak kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam tempoh masa hanya satu generasi saja.

“Ini sekali gus membuktikan bahawa setiap insan itu sebenarnya boleh dididik untuk menjadi manusia berakhlak dan berjaya. Saya percaya jika pelajar kita didedahkan dalam satu sistem yang memberi kemudahan yang sebaik mungkin, dididik oleh guru yang benar komited dan mendapat sokongan serta rangsangan daripada ibu bapa, insan itu boleh menjadi insan berjaya,” katanya berucap pada Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan SMK Seri Pekan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Wan Razali Wan Mahussin; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mazlan Mohamad.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang berjaya sebagai pemimpin, tokoh korporat, profesional dan cendekiawan adalah hasil daripada sistem pelajaran yang membenarkan mobiliti sosial menjadi kenyataan dalam tempoh hanya satu generasi. 
“Bagaimanapun, di Malaysia, jika kita melihat latar belakang kita, hampir semua kita yang berjaya atau dianggap berjaya, didapati mereka berjaya kerana kita dapat menggubal sistem pendidikan yang membolehkan sesiapa tanpa mengira latar belakang, sosioekonomi, jika ada keinginan dan kemahuan,” katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan memberi contoh kejayaan dua wanita gigih yang ditemui pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), minggu lalu.

Katanya, kedua-dua wanita terbabit bermula dengan pinjaman RM500 daripada AIM untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi kini mampu memiliki rumah besar, kenderaan mewah serta membiayai pengajian anak mereka ke universiti.

Mengenai SMK Seri Pekan, Najib berkata bermula dari sebuah sekolah biasa, SMK Seri Pekan memperlihatkan pencapaian lebih tinggi dari sekolah biasa walaupun tidak tergolong dalam kategori sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu juga katanya dinamakan sebagai sekolah menengah model khas dengan memperkenalkan satu konsep yang menggabungkan pelajar tahap dua sekolah rendah dan ditempatkan di sekolah berkenaan.

Katanya, hasil daripada eksperimen itu, pelajar berkenaan akan lebih cepat matang kerana mereka bergaul dengan rakan yang lebih berumur serta berjaya melahirkan pelajar lebih cemerlang.
- BH
logoblog

Thanks for reading Majlis Jalinan Bestari Transformasi Pendidikan SMK Seri Pekan

Previous
« Prev Post

No comments: