Thursday, October 06, 2011

Seminar Penyelidikan Tindakan Seni Visual mantapkan penguasaan guru IPGKR


BINTANGOR 4 Okt. - Jabatan Sains Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGKR) di sini baru-baru ini mengadakan Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidikan Seni Visual (PSV) bagi memantapkan penguasaan guru pelatihnya dalam mata pelajaran itu.

Seminar bertemakan 'Amalan Penyelidikan Teras Transformasi Pengajaran Pendidikan Seni Visual' tersebut melibatkan 95 guru pelatih yang mengikuti pelbagai program pengajian di IPGKR.

Antara kumpulan pengajian yang terlibat adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Seni Visual, PISMP Pengajian Bahasa Cina, PISMP Bahasa Iban, PISMP Prasekolah dan PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2009.

Selain itu, seramai 19 guru pelatih PISMP Pendidikan Seni Visual turut berpeluang membentangkan hasil kajian penyelidikan masing-masing sepanjang seminar berlangsung untuk dinilai oleh tiga ahli panel.

Sementara itu, Pengarah IPGKR Raymond Gai Panting @ Gaie berkata, seminar sebegitu boleh dijadikan platform kepada proses transformasi dan pembangunan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual terutama di sekolah rendah.
"Diharap bakal pendidik di IPGKR menjadikan amalan penyelidikan sebagai satu budaya dalam bidang pendidikan pada masa depan," katanya ketika berucap merasmikan seminar berkenaan, di sini baru-baru ini.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...