Friday, October 14, 2011

Susu Sekolah 1Malaysia Selamat Diminum - Dutch Lady


KUALA LUMPUR: Susu yang diedarkan di bawah Projek Susu Sekolah 1Malaysia (PS1M) oleh syarikat tenusu terkenal Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady) adalah selamat untuk diminum oleh murid-murid sekolah.


Ketua Jabatan Korporat dan Hal Ehwal Kawal Selia Dutch Lady, Rohana Safinah Abdul Hamid berkata pengedaran susu PS1M ke seluruh negara oleh syarikat itu sentiasa dikawal rapi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan, terutama ke kawasan luar bandar.


Di bawah projek PSIM yang bermula April lepas, seramai 1.5 juta murid dari 8,000 sekolah di seluruh negara mendapat manfaatnya.

Beliau juga berkata pihaknya sentiasa memantau proses pengedaran itu dan setiap sekolah akan dibekalkan dengan "pallet" untuk meletak karton susu bagi mengelakkan kerosakan.


"Guru akan diajar oleh pegawai kami yang turun padang mengenai cara untuk melindungi susu daripada tercemar," katanya kepada pemberita pada majlis lawatan dan penerangan media ke syarikat itu di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...