Sunday, October 02, 2011

Tiga beranak terima Diploma, Ijazah Konvokesyen Ke-6 UMP

  NR       Sunday, October 02, 2011


MOKHTAR (kanan) dan isteri, Hamidah (kiri) melihat ijazah yang diterima anak mereka, Farah di Kuantan semalam.


KUANTAN - Tiga sekeluarga dianugerahkan diploma dan ijazah masing-masing serentak dalam Istiadat Konvokesyen Keenam di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini semalam.
Pasangan Dr. Mokhtar Ibrahim, 57, dan isterinya, Dr. Hamidah Alus, 54, bersama anak mereka, Farah Layana, 24, menerima diploma dalam istiadat yang disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Mokhtar dan isteri dianugerahkan Diploma Eksekutif Pengurusan Projek, manakala Farah Layana menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dan Teknologi Gas.
Ketua keluarga itu yang juga Pengarah Urusan Kayrul Constructions Sdn. Bhd. ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana berpeluang menerima diploma bersama isteri dan anaknya.
"Semua penat lelah kami sekeluarga selama ini hilang apabila mengecapi kejayaan dan menjadi kenangan bermakna bagi kami sekeluarga," katanya di sini semalam.
Hamidah pula berkata, beliau komited menyambung pengajian di universiti tersebut meskipun sibuk menguruskan perniagaan berasaskan hidroterapi.
- Kosmo
logoblog

Thanks for reading Tiga beranak terima Diploma, Ijazah Konvokesyen Ke-6 UMP

Previous
« Prev Post

No comments: