Saturday, November 19, 2011

86 Remaja Termasuk Calon SPM Ditahan Leka Berhibur di Pusat Hiburan Tanpa Lesen


KUALA LUMPUR 18 Nov. - Sebanyak 86 remaja termasuk beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis ketika leka berhibur sambil meneguk minuman keras di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini, awal pagi ini.

Dalam serbuan pukul 2.30 pagi, pelanggan kelab malam yang sebahagian daripadanya remaja ditahan ketika leka berhibur dan menari dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, serbuan dua jam itu berikutan aduan orang ramai berhubung tindakan pusat hiburan tersebut membenarkan individu bawah umur memasuki premis berkenaan.

"Polis memeriksa sebanyak 301 pelanggan mendapati 85 daripada mereka adalah remaja bawah umur," katanya ketika ditemui selepas serbuan tersebut.

Dalam serbuan yang disertai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, sebanyak 66 remaja lelaki dan 20 perempuan telah ditahan.

Ketika serbuan, pemilik premis itu gagal mempamerkan lesen perniagaan yang sah.

- Utusan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...