Monday, November 28, 2011

KTB kini Bertaraf Universiti Dikenali University College Bestari

  NR       Monday, November 28, 2011

MARANG 25 Nov. - Kolej Teknologi Bestari (KTB) di Setiu kini bertaraf universiti yang dikenali sebagai University College Bestari (UCB).

Universiti itu yang dimiliki sepenuhnya oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) menerima surat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi awal bulan lalu.

Pengerusi Lembaga Pengarah UCB, Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor berkata, usaha untuk menaik taraf KTB yang mula beroperasi pada 1998 telah lama dilakukan.

Menurut beliau, dengan kelulusan itu UCB akan turut membuka beberapa pusat pengajian di lima negeri. melibatkan lokasi di Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Kedah pada tahun depan.

"Pihak UCB juga merancang membuka sekurang-kurangnya sebuah pusat pengajiannya di setiap negeri termasuk Sabah dalam usaha memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan," katanya di sini semalam.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading KTB kini Bertaraf Universiti Dikenali University College Bestari

Previous
« Prev Post

No comments: