Monday, November 21, 2011

Pertukaran Menteri Tidak Jejas Dasar Pendidikan - Muhyiddin



PUTRAJAYA 21 Nov. - Dasar Pendidikan Kebangsaan tidak pernah terjejas walaupun berlaku pertukaran Menteri Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau sedar bahawa ada pihak mendakwa kononnya mana-mana Menteri Pelajaran yang baru akan memperkenalkan dasar baru dan ini menjejaskan sistem pendidikan negara.

"Kerajaan sentiasa memastikan pendidikan negara mengisi kehendak dan keperluan semasa. Kita sentiasa memastikan terdapat kesinambungan... dasar baru akan menambah baik Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya ketika menjawab satu soalan pada sesi wawancara khas sempena majlis memperkenalkan buku “Sudut Pandang Muhyiddin Yassin” di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...