Friday, November 18, 2011

Ribuan Pelajar & Guru Tunjuk Perasaan di Madrid, Barcelona


MADRID: Ribuan pelajar dan guru berarak di Madrid dan Barcelona hari ini bagi membantah pemotongan perbelanjaan awam yang pasti lebih besar di bawah pentadbiran parti konservatif yang dijangka memenangi pilihan raya umum Ahad ini. 

Beratus-ratus guru dan pelajar yang sedang mogok berarak di Madrid manakala kira-kira 2,000 pelajar berdemonstrasi di bandar timur laut Barcelona terhadap ancaman pemotongan itu merebak ke universiti di wilayah.
“Pendidikan bukan untuk dijual, ia untuk dibela” adalah antara sepanduk yang dibawa pelajar yang melaung di jalan utama di sini.
Di Barcelona pula, pelajar yang berarak ke pejabat kerajaan tempatan menjerit: “Awam, ya, swasta, tidak” . 


- Agensi 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...