Saturday, December 31, 2011

150 Murid Serbu Program Gunting Rambut Percuma Jom Ke Sekolah

  NR       Saturday, December 31, 2011

Muhammad Haikal Khuzairi ceria bersama rakan-rakannya ketika rambutnya digunting pada Program Gunting Rambut - Jom Ke Sekolah secara percuma di Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu, kelmarin.



KUALA TERENGGANU 30 Dis. - Kira-kira 150 murid sanggup menunggu seawal pukul 8 pagi di pekarangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir di sini untuk mendapatkan khidmat gunting rambut percuma.

Program itu diadakan sebagai persiapan sesi persekolahan 2012 tidak lama lagi yang mana menjelang hari tersebut salah satu persediaan utama pelajar dengan memastikan rambut masing-masing digunting kemas sebelum ke sekolah.

ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, program sehari itu bertujuan memberi khidmat gunting rambut secara percuma kepada mereka daripada keluarga kurang berkemampuan.

"Dengan kerjasama 16 tukang gunting rambut tempatan, program setiap tahun seumpama ini dapat membantu meringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan yang bakal bermula sehari dua lagi.

"Kos menggunting rambut seorang pelajar sahaja antara RM5 hingga RM8 dan walaupun sumbangan ini tidak besar, ia dapat menampung sedikit sebanyak kos persediaan persekolahan ibu bapa yang mempunyai ramai anak," katanya ketika ditemui pada program itu di sini hari ini.

Pada kesempatan itu, Ahmad Razif turut bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Seberang Takir yang bergotong-royong menyiapkan empat kawah bubur asyura untuk diagihkan kepada orang ramai.

Pada majlis berasingan sejurus selepas itu, beliau turut menyampaikan bantuan musim tengkujuh kepada 300 nelayan dan 24 pengusaha bot di DUN berkenaan di Dewan Sivik Seberang Takir, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri memberitahu, bantuan wang tunai RM100 dan hamper diberikan kepada setiap penerima dengan kos keseluruhan hampir RM70,000.

- Utusan

logoblog

Thanks for reading 150 Murid Serbu Program Gunting Rambut Percuma Jom Ke Sekolah

Previous
« Prev Post

No comments: