Wednesday, December 07, 2011

50 Pelajar Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unirazak Kota Bharu Sertai Team Building


Sebahagian pelajar yang mengikuti program Team-Building Universiti Tun Abdul Razak di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 6 Dis. – Seramai 50 pelajar baru dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS) Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Kota Bharu menyertai program Team Building yang diadakan di Dewan Utama cawangan universiti itu di sini Sabtu lalu.

Timbalan Pengarah program, Nur Syahidah Deraman, 23, berkata, aktiviti itu merupakan inisiatif pelajar tahun akhir jurusan pendidikan pengkhususan kaunseling bagi melatih pelajar junior dengan sifat kepimpinan dan berpasukan.

Program sehari itu dirasmikan oleh Pengurus UniRazak Kota Bharu, Ramlan Awang.

Nur Syahidah berkata, terdapat beberapa modul disediakan dalam program itu termasuk sesi ice-breaking dan life‘s line.

“Pelajar baru yang masuk sejak awal tahun sebenarnya belum berpeluang mengikuti program orientasi, jadi kami mengambil langkah untuk mengisi lompang itu.

“Program sebegini penting agar pelajar mempunyai sifat kerjasama dan bukannya berpuak-puak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...