Friday, December 09, 2011

8 Penduduk Rumah Dubi Nau Terima Bantuan KEMAS Sri Aman

  Pengajar.Info       Friday, December 09, 2011

SRI AMAN: Seramai lapan orang penduduk Rumah Dubi Nau, Kampung Skirau Tengah, Tanjung Bijat, di sini merima sumbangan berbentuk hamper makanan menerusi Program Bantuan Sara Diri 2011 daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman, pagi semalam.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pembantu Pembangunan Masyarakat, KEMAS Sri Aman, Sharifah Hafizah Wan Hamid.

Sharifah Hafizah ketika berucap ringkas berkata, program penyampaian bantuan sara diri ini merupakan salah satu aktiviti bulanan Pejabat KEMAS Sri Aman.

Menurutnya lagi, mereka yang terpilih menerima sumbangan ini terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

Hadir sama, empat orang Pembantu Pembangunan Masyarakat, KEMAS Sri Aman iaitu Kelvin Lambai, Rosepine Sinjus Jantan, Wan Habeeb Wan Mohamad dan Rosani Ham.

- UB




logoblog

Thanks for reading 8 Penduduk Rumah Dubi Nau Terima Bantuan KEMAS Sri Aman

Previous
« Prev Post

No comments: