Tuesday, December 13, 2011

Atlet UUM Juara Kejohanan Terbuka Amatur Kedah Ke-45


TUANKU Abdul Halim menyampaikan piala pertandingan kepada Wafiyuddin di Darul Aman Golf & Country Club, kedah baru-baru ini.


Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Wafiyuddin Abdul Manaf dan Mohd Amirul Aizat Abdul Bahar dinobatkan juara Kejohanan Terbuka Amatur Kedah ke-45 2011 anjuran Persatuan Golf Kedah di Darul Aman Golf & Country Club baru-baru ini.

Mohd Wafiyuddin pelajar semester tiga CAS UUM beraksi cemerlang dengan catatan keseluruhan 141 pukulan manakala Mohd Amirul pelajar semester pertama pula mencatat keseluruhan 148 pukulan dalam Kategori Gross.

Dalam flight utama, Wafiyuddin dan Aizat merebut kejuaraan pada lubang ke-15 dan Wafiyuddin telah mendahului Aizat dengan dua pukulan apabila Aizat memperolehi Triple pada lubang tersebut.

Pada lubang ke-16 pula, Aizat bangkit dengan melakukan Birdie untuk mengurangkan jurang pukulan dengan pendahulu saingan, Wafiyuddin.

Wafiyuddin bangkit semula pada dua lubang terakhir apabila beliau melakukan Birdie untuk mengesahkan kejuaraan.
Sementara itu, dalam Kategori Nett, Mohamad Khairul Hafiz Mardzuki menduduki tempat keempat manakala Mohamad Al Azim Mohd Azmi pula ditempat ke sembilan.

Mereka adalah antara sepuluh atlet lelaki Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) Golf UUM.

Kejohanan ini disertai oleh 110 atlet termasuk penuntut dari luar negara luar seperti Korea Selatan dan juga Singapura.
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan hadiah Piala Sumbangan baginda beserta hadiah iringan kepada Wafiyuddin.

Sementara itu Pengarah Pusat Sukan UUM, Shafferi Rejab yang dihubungi melahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet PKS UUM ini dan berharap pencapaian cemerlang tersebut akan menjadi motivasi kepada semua pelajar yang terlibat dengan program berkenaan.

- Utusan, 12-12-2011

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...