Thursday, December 08, 2011

Guru Hilang Kucing Parsi Rugi RM1,000

KUCHING: Seorang guru membuat laporan polis setelah menyedari kucing Parsi miliknya dicuri di kediamannya di Gita, malam kelmarin.

Guru berusia 38 tahun itu mendapati sangkar yang menempatkan kucing berusia setahun itu hilang pagi semalam dan hanya kolarnya ditemui.

Kunci sangkar juga didapati hilang menyebabkan guru terbabit mengesyaki kediamannya di Taman Haziiq telah diceroboh pencuri yang mencuri haiwan peliharaannya itu.

Kehilangan dianggarkan bernilai RM1,000.

Di kes berlainan, sepasang suami isteri di Bandar Baharu Batu Kawah melaporkan kediaman jenis rumah kedai dipecah masuk dan barang kemas bernilai RM4,000 di curi.

Pengadu yang juga peniaga berumur 49 tahun berkata, dia serta isteri pulang ke kediaman mereka di unit ketiga rumah kedai terbabit sekitar 6.30 petang setelah melihat pagar besi rumah mereka dibuka secara paksa.

Tidak terdapat sebarang kehilangan melainkan dua utas rantai emas, sepasang anting-anting dan tiga gelang yang disimpan dalam almari bilik. Kedua-dua insiden masih dalam siasatan pihak polis.

- UB, 07-12 - 2011






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...