Friday, December 30, 2011

Guru Tabika Rayu Abang Kandung Pulang Menjadi Wali

  NR       Friday, December 30, 2011

KEMAMAN 28 Dis. – Seorang guru tabika yang bakal mendirikan rumahtangga pada pertengahan Januari tahun depan merayu abang kandungnya agar pulang untuk menjadi walinya.

Anisah Ahmad , 37, yang bertugas di tabika di Kampung Banggol, Cukai di sini memberitahu, abangnya, Azmi, 38, (gambar) tidak dapat dikesan setelah meninggalkan rumah pada 2001.

“Usaha mencarinya tidak berhasil. Abang gagal dihubungi dan dia tidak pulang ketika ayah dan ibu meninggal dunia,” ujarnya di sini hari ini.

Menurut Anisah, abangnya yang masih bujang ketika itu meninggalkan rumah tanpa sebarang perselisihan faham dengan keluarga.

Anisah yang kini menetap di 678A Jalan Da Omar, Kampung Banggol, Cukai merayu orang ramai yang mengenali dan mengetahui tempat tinggal abangnya itu supaya menghubunginya di talian 019-9680855.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Guru Tabika Rayu Abang Kandung Pulang Menjadi Wali

Previous
« Prev Post

No comments: