Wednesday, December 28, 2011

Kanak-Kanak Cedera Parah Di Muka Diserang Anjing Kesayangan Keluarga

  NR       Wednesday, December 28, 2011

SEORANG kanak-kanak perempuan berumur empat tahun telah mengalami cedera parah di muka apabila diserang oleh anjing kesayangan peliharaan keluarganya.Kanak-kanak malang itu, Jorja Caze-Ramscar telah diseret dari kerusi oleh anjingnya yang dipanggil Luna, jumaat lalu di Dunstable,Beds.

Binatang jenis husky itu mengigit kuat di seluruh kepala gadis kecil itu dan mengunyah mukanya.

Jorja menerima 20 jahitan selepas serangan itu dan memerlukan rawatan dari pakar mata.

Ibu kanak-kanak itu, Karine , 36 tahun, berkata: "Ketika itu, mereka sedang bersiap sedia untuk makan malam dan anjing itu berada di sebelah Jorja.

"Tiba-tiba dia, ia mengheret Jorja dari kerusi jatuh ke lantai dan menyerang mukanya. Anjing yang mempunyai mulut besar itu mengigit dan cuba mengunyah mukanya", tambah ibunya lagi.

Anjing itu kelihatan seperti cuba membunuh dan tompokan darah berserak di mana-mana sahaja.

Jorja Bersama Luna, Anjing Belaan Bapanya
Anjing berusia 15 bulan itu kepunyaan ayah kanak-kanak itu, Clive Ramscar, 42 tahun, dan kejadian itu berlaku di rumahnya.

Dia dan Karine berpisah dua tahun lalu dan anak perempuan mereka membahagikan waktu untuk meluangkan masa di antara mereka.

Selepas kejadian itu, anjing itu tidak dibunuh tetapi telah dihantar untuk tinggal dengan keluarga yang lain.

Sumber: The Sun
logoblog

Thanks for reading Kanak-Kanak Cedera Parah Di Muka Diserang Anjing Kesayangan Keluarga

Previous
« Prev Post

No comments: