Monday, December 12, 2011

NCIA Keluarkan Pelatih Graduan Untuk Industri Pembuatan Wafer


KUALA LUMPUR: Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengambil inisiatif dengan menjalin hubungan antara industri dengan akademik ke dalam perkongsian bestari untuk mengeluarkan kumpulan pelatih graduan teknologi pembuatan wafer bagi keperluan industri berkenaan.
Dikenali sebagai SNUCoE (Silterra, NCIA, Pusat Kecemerlangan UniMAP), program itu membabitkan kerjasama antara Silterra Malaysia Sdn Bhd, pembuat semiconductor dan wafer dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), selain NCIA.
NCIA, yang diamanahkan untuk melaksanakan inisiatif Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) menyumbang RM2.17 juta untuk program perkongsian bestari.
Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Silterra dan UniMAP serta pelancaran program SNUCoE oleh Ketua pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa, diadakan di Putrajaya baru-baru ini.
Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata, objektif bagi jangka pendek ialah untuk melatih dan mengeluarkan 25 pelatih graduan dalam teknologi pembuatan wafer untuk memenuhi keperluan industri berkenaan.
"Objektif jangka panjang ialah untuk merapatkan jurang pengetahuan dan persefahaman dalam teknologi pembuatan wafer antara industri itu dan pembelajaran pendidikan tinggi pada peringkat penuntut dan untuk membina keupayaan di UniMAP bagi memenuhi keperluan industri berkenaan kini dan akan datang.
Perubahan kurikulum diperlukan," kata beliau.
Beliau berkata melalui program itu, pelatih akan menjalani latihan 12 bulan di UniMAP dan Silterra termasuk sembilan bulan latihan di industri itu.
Kesemua 25 pelatih akan diserapkan untuk bekerja dengan Silterra, katanya.
"NCER adalah hub negara untuk sektor elektrik dan elekronik dan program ituberfungsi untuk mewujudkan bakat dalam pembuatan wafer bertahap tinggi," katabeliau. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...