Wednesday, December 07, 2011

Penuntut Diploma Teknologi Makmal Perubatan PTPL Anjur Khidmat Masyarakat ‘Orange Day’


Sebahagian pelajar Diploma Teknologi Makmal Perubatan PTPL Kota Bharu yang terlibat pada program pemeriksaan kesihatan ‘Orange Day’ di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, baru-baru ini.


KOTA BHARU 6 Dis. – Penuntut Diploma Teknologi Makmal Perubatan Sekolah Sains Kesihatan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Kota Bharu terus komited dengan kerja khidmat masyarakat apabila menganjurkan pemeriksaan kesihatan di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas baru-baru ini.

Pengarah program, Intan Syahirah Amran, 20, berkata, program yang dinamakan ‘Orange Day’ itu bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar menjalani pemeriksaan kesihatan asas yang biasanya kurang menjadi keutamaan mereka.

Intan Syahirah berkata, lebih 100 penduduk mengunjungi pusat pemeriksaan yang dikendalikan penuntut di Pasar Lama Bunut Susu, Pasir Mas.

Katanya, antara yang dijalankan adalah pemeriksaan glukosa dan tekanan darah.

“Sudah menjadi keutamaan bagi penuntut Sekolah Sains Kesihatan PTPL Kota Bharu untuk memberi khidmat kepada penduduk di pinggir dan luar bandar.

“Sebagaimana kita ketahui, mereka biasanya kurang mengambil berat tentang kesihatan disebabkan masalah logistik berbanding penduduk di bandar yang berdekatan klinik dan hospital,” katanya.

Intan Syahirah berkata, seramai 25 penuntut Diploma Teknologi Makmal Perubatan terlibat dalam program yang turut menyediakan sesi pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

- Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...