Friday, December 30, 2011

Pusat Sumber Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai, SK Bukit Marak

  NR       Friday, December 30, 2011

BACHOK 28 Dis. - Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Marak di sini yang merupakan perpustakaan angkat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dinamakan sebagai Pusat Sumber Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai sempena nama Naib Canselor universiti tersebut.

Perasmian nama baru itu disempurnakan oleh Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed sebagai penghormatan kepada beliau yang juga alumni SK Bukit Marak setelah belajar di sana dari 1958 hingga 1963.

Dalam ucapannya, Zainai berharap, murid-murid sekolah tersebut akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di pusat sumber berkenaan lebih-lebih lagi setelah mendapat nafas baru melalui penambahbaikan yang dilakukan pihaknya di situ.

"Pusat sumber atau perpustakaan adalah tempat terbaik untuk murid-murid menghabiskan masa dan mencari bahan-bahan bacaan yang diperlukan. Saya berharap murid-murid di sini akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan orang-orang berjaya sebagai idola dan bukannya orang yang tidak ada hala tuju.

''Walaupun pun tinggal di kampung, jangan memasang matlamat mahu menjadi seperti orang dewasa yang duduk bersantai di kedai kopi sepanjang masa, sebaliknya, kita kena belajar mendisiplinkan diri melakukan perkara berfaedah sebagaimana tabiat orang yang berjaya," katanya di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian itu diadakan serentak dengan Sambutan Hari Literasi Sedunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 2011 yang turut dihadiri Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Unit Pengurusan Akademik, Soo Ah Khem.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Pusat Sumber Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai, SK Bukit Marak

Previous
« Prev Post

No comments: