Sunday, December 11, 2011

Debat AUKU Tiada Permohonan Program - T.Naib Canselor HEP UM


SHAH ALAM - Penganjur Program Debat Mahasiswa di Universiti Malaya (UM) malam kelmarin langsung tidak pernah mengemukakan permohonan rasmi kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu sebelum melaksanakannya.
Timbalan Naib Canselor HEP, Prof Datuk Dr Rohana Yusof berkata, selepas dimaklumkan perkara itu, beliau meminta bahagian keselamatan untuk memberhentikannya kerana pelajar berkenaan telah melanggar kesalahan universiti.
"Walaupun program itu dikatakan bersifat ilmiah, tetapi ia telah melibatkan pihak luar, jadi universiti terpaksa mengambil tindakan kerana pelajar tidak mengemukakan permohonan.
"Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, universiti terpaksa menanggung risiko mengenainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan bahagian keselamatan UM yang memberhentikan debat bertajuk Auku dan Autonomi Mahasiswa di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang UM anjuran Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).
Katanya, sebagai pelajar mereka hendaklah mematuhi peraturan yang dikeluarkan universiti dan semua ini diketahui pelajar.
"Ini yang saya harian, sebagai pelajar universiti, mereka hendaklah menghormati peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
"Kita bukan hendak menyusahkan, sebaliknya apabila dimaklumkan universiti akan mempertimbangkan dan memantaunya, termasuklah menyediakan kemudahan. Universiti khuatir, jika dilaksanakan secara haram, bagaimana pula sekiranya terdapat kerosakan kepada aset universiti," katanya.
Rohana berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sepatutnya kepada pelajar yang terlibat dalam program ini.
"HEP akan menyiasat perkara ini sama ada ia dipergunakan pihak tertentu atau sebaliknya," katanya.
- SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...