
Thursday, February 24, 2011
Aduhai Guru Terbeban
ARKIB : 19/02/2011
SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada Guru Tua, Norhisyam dan Othman yang mengulas tulisan saya pada 8 Februari lalu. Untuk makluman, saya pernah bertugas selama lima tahun di Kedah, empat tahun di Johor, enam tahun di Selangor dan selebihnya di Sabah, berkhidmat di sekolah rendah dan menengah, dari guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) sehinggalah ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), selain pernah menyandang guru warden asrama desa dan jurulatih sukan kepada Darat (Sukda).
Justeru, saranan Guru Tua dan Norhisyam agar saya keluar dari tempurung telah lama saya laksanakan sejak dulu lagi. Guru Tua ada menyebut tentang masih wujud Guru A di Johor. Kenapa ia berlaku? Jawapannya (rujuk kenyataan Guru Tua) iaitu “Hanya guru bermasalah yang memegang jawatan minimum”. Persoalannya, kenapa guru bermasalah tidak diambil tindakan? Guru sebeginilah yang menjadikan guru-guru yang bagus dan ikhlas terpaksa memikul bebanan tugas tambahan.
Saya menafikan kenyataan Norhisyam berhubung guru sukan. Tulisan saya menyentuh tentang guru-guru bersukan, bukannya guru sukan. Aduhai rakan guru, pelanggan kita adalah pelajar, ibu bapa pelajar, masyarakat komuniti dan pemegang dasar. Tugas perkeranian yang dinyatakan adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kita dan ia adalah tugas kita.
Kepada Othman, memang ada guru diperuntukkan mengajar minimum enam waktu seminggu, selain Guru Besar atau Pengetua. Antaranya Guru Data, Guru Pusat Sumber, Setiausaha Peperiksaan dan Guru Bestari. Jangan lupa, ada sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM). Kepada warga pendidik, sifarkan rungutan dan ikhlas bekerja kerana semua itu kerja kita dan ia adalah ibadah. Fikir-fikirkanlah.
MOKHTAR SABAH
Utusan Malaysia Online: 20 Februari 2011
Utamakan guru sandaran masuk IPG
MARAN 20 Jan. - Kementerian Pelajaran diminta mengutamakan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) berpengalaman lebih tiga tahun untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan guru (IPG) pada sesi akan datang.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, keutamaan perlu diberikan kepada mereka selaras dengan janji kementerian yang akan mengambil kira pengalaman lebih tiga tahun dalam pendidikan untuk pemilihan ke IPG.
Pada masa ini, menurut beliau, GSTT berpengalaman terpaksa bersaing dengan calon baru yang tiada pengalaman dalam bidang perguruan untuk melanjutkan pengajian di IPG.
"Pemilihan mereka sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan kepada profesion perguruan ketika mengalami kekurangan guru terlatih," katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamed Sabri menegaskan, pengalaman GSTT wajar diberi pertimbangan utama oleh kementerian supaya usaha memartabatkan profesion perguruan dapat dipertingkatkan.
"Pihak kementerian wajar mengambil kira pandangan pihak lain yang mempunyai pengetahuan dalam bidang itu supaya masalah kekurangan guru di sekolah dapat diatasi segera.
"Walaupun pelbagai langkah diambil kementerian untuk memenuhi keperluan guru di sekolah tetapi masih terdapat kekurangan guru dalam subjek tertentu," ujarnya.
Mohamed Sabri turut mencadangkan kementerian mempertimbangkan pertambahan kuota pengambilan calon guru di IPG selaras dengan keperluan di sekolah.
Pada masa sama ujarnya, kementerian perlu memperkasakan program Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru sementara yang berpengalaman mendapat pengiktirafan dalam bidang itu.
"Suatu ketika dahulu, program KDC sangat membantu kementerian mengatasi kekurangan guru di sekolah di samping mengiktiraf kebolehan dan pengalaman guru terbabit.
"Beberapa dasar baru kementerian tahun ini perlu diseimbangkan dengan kecukupan tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman bagi menjamin kejayaan dasar itu," katanya.
Utusan Malaysia Online: 21 Januari 2011
Kementerian Pelajaran Diminta Sambung Kontrak 578 Guru Sandaran Di Sabah

PENAMPANG, 20/02/2011: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta Kementerian Pelajaran menyambung kontrak 578 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sabah, yang tamat kontrak akhir tahun lepas.
Beliau berkata kementerian juga perlu memberi peluang kepada mereka mengikuti latihan perguruan untuk kekal dalam perkhidmatan tersebut.
Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata langkah itu penting kerana Sabah masih kekurangan guru, terutama di kawasan terpencil di luar bandar.
Katanya, selain itu, cadangan Kementerian Pelajaran menghantar guru dari Semenanjung bagi membantu menyelesaikan masalah kekurangan guru mahir di Sabah perlu diperhalusi kerana terdapat guru sandaran yang layak serta memiliki ijazah sarjana muda.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen kesihatan dan derma darah anjuran PBS Bahagian Kepayan hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi semalam bahawa kerajaan akan terus menghantar guru ke Sabah dan Sarawak sehingga masalah kekurangan guru mahir di dua negeri berkenaan dapat diatasi.
Mohd Fuad juga dipetik sebagai berkata, pada masa ini, kuota pengambilan guru di kalangan anak negeri Sabah dan Sarawak belum dipenuhi.
Pada 20 Jan lepas, Pengerusi Jawatankuasa GSTT Sabah Norman Lantayan dipetik sebagai berkata, Mohd Puad pernah memberi jaminan kementerian tidak menghentikan perkhidmatan guru sandaran, namun sehingga kini, mereka belum menerima surat tawaran sambungan kontrak perkhidmatan sehingga menyebabkan ada sekolah kekurangan guru sehingga 19 orang.-BERNAMA
Guru pedalaman minta bekalan letrik 24 jam
IBU, 22 Feb (Bernama) — Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi berkata beliau akan berbincang dengan pegawai di kementeriannya mengenai permintaan oleh banyak guru besar di sekolah luar bandar untuk mereka terus menikmati bekalan elektrik 24 jam melalui set generator di sekolah masing-masing.
Katanya pada lawatannya ke 11 sekolah di pedalaman daerah Kanowit bermula Ahad, guru besar berkenaan menyampaikan kepadanya mengenai kebimbangan mereka dengan arahan kementerian untuk mengehadkan bekalan elektrik kepada 14 1/2 jam dari April ini.
Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Sibu hari ini, katanya kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM1.05 bilion untuk membekalkan set generator kepada 429 sekolah luar bandar di seluruh negeri.
Katanya amaun itu juga termasuk pemasangan dan pendawaian, tetapi bukan kos diesel untuk generator itu.
“Mungkin kerana kerajaan membelanjakan kos yang tinggi bagi diesel dan sebab itu kementerian mengeluarkan arahan itu.
“Tetapi guru besar berkenaan bimbnag ini akan menjejaskan penghuninya, yang kebanyakannya kanak-kanak, pada waktu malam.
“Mereka juga bimbang bahawa daging dan ikan yang disimpan dalam peti sejuk di sekolah akan rosak jika tiada bekalan elektrik berterusan.
“Bagi guru pula, mereka juga akan terjejas apabila mereka tidak dapat menggunakan komputer atau komputer riba untuk membuat kerja sekolah atau melayari Internet untuk maklumat.”
Puad berkata sebab lain arahan itu dikeluarkan ialah kerana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang dalam proses menyalurkan bekalan elektrik dari grid utama ke semua kawasan luar bandar di negeri ini menjelang 2012 sebagai sebahagian sasaran NKRA.
Oleh itu, kementerian pelajaran turut membuat penyesuaian, katanya.
Mengenai lawatannya itu, Puad berkata ia bertujuan untuk melihat sendiri infrastruktur sekolah luar bandar kerana kadang kala apa yang diperolehinya daripada pangkalan data kementerian adalah berbeza dengan keadaan sebenar.
“Kami melihat ada beberapa kelemahan, contohnya, keadaan kuarters guru, kelas dan sistem bekalan air.
“Sesetengah sekolah perlukan lebih banyak kuarters guru manakala kuarters sedia ada berada dalam keadaan daif, tetapi maklumat ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami,” katanya. – BERNAMA
Monday, February 21, 2011
GURU SANDARAN HARAP GAJI YANG SERAGAM DI SELURUH NEGARA PADA TAHUN HADAPAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily (23) bertarikh 16 Disember 2010 – Guru sandaran harap gaji yang seragam di seluruh negara pada tahun hadapan. Dimakluman bahawa pemberian elaun Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) adalah berdasarkan skel elaun yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1 Tahun 2007. Penentuan pembayaran elaun kepada GSTT yang dilantik adalah berdasarkan kelayakan akademik dan kekosongan jawatan. Sekiranya kekosongan jawatan adalah Gred DG41 dan calon GSTT berkenaan memiliki ijazah, mereka layak dibayar berdasarkan kelayakan ijazah. Walau bagaimanapun, sekiranya kekosongan jawatan adalah gred DGA29 dan GSTT yang dilantik memiliki ijazah, mereka akan dibayar berdasarkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
Internship for Education/Teaching/Training Students
Founded more than 6 years ago, Gradtutors operates as an online tuition portal providing home tuition matching and recruitment service in Malaysia and Singapore.
Apart from private home tuition, Gradtutors is also a K12 education portal which allows sharing of learning materials among registered members.
Apart from private home tuition, Gradtutors is also a K12 education portal which allows sharing of learning materials among registered members.
Internship for Education/Teaching/Training Students
MYR 600 - 900
(Johor - Johor Bahru)
MYR 600 - 900
(Johor - Johor Bahru)
Responsibilities:
- Coordination of tuition assignments using web applications
- Preparation of tutoring materials / notes
- Compilation of past year exam papers
- Administration of website
- Website Promotion
Requirements:
- Candidate must possess or currently pursuing a Diploma or Bachelor's Degree in Education/Teaching/Training, Others or equivalent.
- Required skill(s): English, IT, Mandarin.
- Required language(s): Chinese, English
- Applicants must be willing to work in Johor Bahru.
- 1 Internship position(s) for duration of 2 month(s).
To visit our website for more information:
Tuition Agency Malaysia - www.gradtutors.my
Tuition Agency Singapore - www.gradtutors.com
Tuition Agency Malaysia - www.gradtutors.my
Tuition Agency Singapore - www.gradtutors.com
SIR Tutorial Centre Sdn. Bhd
Primary/ Secondary Teacher
MYR 1000 - 3000 (+Bonus & OT & Allowance)
(Kuala Lumpur - Jalan Pudu & Cheras)
(Kuala Lumpur - Jalan Pudu & Cheras)
Responsibilities:
- Reporting directly to the Senior Teacher/Vice Principal/Principal on teaching and administration matters, this role is a dedicated internal and external client service position, involving teaching and program development.
- Planning, supervising, and implementing the program for the class in accordance with the policies, guidelines, frameworks and philosophy of the centre.
- Prepare and implement the programs for students.
- Prepare age-appropriate teaching aids.
- Provide a safe and stimulating environment for students to work and play in
- Evaluate and maintain records of students’ development
- To render basic first aid as and when necessary.
- Be responsible for the upkeep of teaching resources.
- Being responsible for the arrangement, appearance, decorations, and learning environment of the classroom.
- Attend all teachers meetings
- Attend teaching courses, seminars and workshops to upgrade skills and knowledge.
- Adhere to the teacher's teaching guidelines.
- We are loooking for teachers to guide children's homework and tuition.
Requirements:
- Candidate must possess at least a SPM, Diploma or Bachelor's Degree in Biology, Chemistry, Physics, Linguistics/Languages, Education/Teaching/Early Childhood Education or equivalent.
- Fresh graduates/ at least 1 year of working experience ( an advantage )
- Required language(s): Bahasa Malaysia, English
- Preferred language(s): Chinese ( an advantage )
- Creative, caring & love working with children age 3 onwards.
- Those without relevant experience but with a passion for teaching and learning will be considered
- Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status
- ONLY SERIOUS CANDIDATES NEED TO APPLY. WE ARE LOOKING FOR SOMEONE WHO ARE WILLING TO GROW WITH THE COMPANY.
- 8 Fulltime Positions & 5 Part-time Positions
- Candidate must possess at least a SPM
- Creative, caring & love working with children age 3 onwards.
- Required language(s): Bahasa Malaysia, English
- Preferred language(s): Chinese ( an advantage )
- Seriously and consider teaching as his/her career
- Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status
We work 5 days per week ! We offer an attractive salary package commensurate with experience, EPF contributions, SOCSO, year end bonus and ample opportunities for training, personal growth and career advancement. Please state REASONS FOR LEAVING PAST & PRESENT EMPLOYMENT, ALL LAST DRAWN SALARY, EXPECTED SALARY & DATE of AVALILABILITY. Interested candidates are required to apply ONLINE at Jobstreet.com or write-in with your complete detailed resume together with a passport sized photograph ( n.r ) to : PUSAT TUISYEN SISTEM INOVATIF REMAJA 11A, Jalan Brunei Selatan, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur Tel : 012 - 391 5838 Fax: 60-3-21420030 E-mail : admin@sir.com.my *Please bring along your CV, a non-returnable passport-sized photograph and certified true copies of relevant certificates for the interview. Applications meeting the above requirements would be reviewed first. We regret that only short-listed candidates would be notified for interviews.
Sunday, February 20, 2011
Penghantaran guru Semenanjung ke Sabah, Sarawak diteruskan
BESUT 19 Feb. - Kerajaan akan terus menghantar guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak sehingga masalah kekurangan guru mahir di dua negeri berkenaan dapatdiatasi.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, pada masa ini kuota untuk pengambilan dari kalangan anak negeri Sabah dan Sarawak belum dipenuhi.
"Walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan proses temuduga secara terbuka di kedua-dua negeri itu, kuota untuk pengambilan guru anak tempatan masih belum berjaya dipenuhi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
HPV jab for 75,754 Sabah female students
KOTA KINABALU: The Ministry of Health (MOH) yesterday officially launched the HPV (Human Pappiloma Virus) immunisation programme for Sabah, targeting to vaccinate 75,754 female students from 24 districts across the state this year.

Students learning about Human Pappiloma Virus and cervical cancer during the launch of the state level HPV vaccination programme at Kota Kinabalu High School yesterday.
Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin said a total of 98 health facilities have been mobilised for this purpose and female students from 82 schools have so far been vaccinated.
She said that the vaccine will be administered in three dosages over a period of six months to all female Form 1 students in all 230 schools in the State.
The vaccine was believed to be able to protect against cervical cancer or at least reduce the risk of getting infected by the disease for 20 years after. Human Pappiloma Virus (HPV) is closely associated with cervical cancer with 99 percent of cervical cancer cases had reportedly been linked to the virus. Cervical cancer has been listed as the third most common cancer among women in Malaysia behind breast and colorectal cancers, infecting an estimated 1,500 victims in the country annually and contributing about six percent of deaths caused by cancer among women.
“Parents whose daughters will be given the HPV injection do not need to worry as the vaccinations will be carried out by trained medical professionals. The department will always look after the health of the students throughout the period of the vaccination programme,” she said when officiating the launch at Kota Kinabalu High School yesterday.
The ministry had proposed the introduction of the vaccination programme in 2007 and had received an allocation of RM150 million to give the vaccines to students for free in 2010.
However, the programme had only expanded to Sabah this year and it will be carried out in all secondary schools registered with the Education Ministry and all Form 1 female students are each entitled to a free vaccination regardless of age as long as they are Malaysian citizens.
Non-school going teenagers can obtain the vaccination from any of the 82 health facilities that have been identified for the programmes.
“The HPV vaccination programme is a smart move by the government aimed at reducing cervical cancer in the country. Every teenage girl must get her HPV injection and parents should not hesitate to give their consent, which is mandatory before a student can be vaccinated.
“As such, I urge teachers to help the Health department to ensure that every student will be given the vaccination,” said Rosnah.
Health Department director Dr Mohd Yusof Ibrahim said about 96 percent of parents in Sabah had willingly signed the consent form to allow their children to be vaccinated with the HPV, citing findings from an unpublished research conducted by the department.
“This is a very good figure and we hope through our awareness campaign we’ll be able to push it to 100 percent,” he said.
Deputy Education director Maimunah Suhaibul meanwhile said her department welcomed the initiative by the Health Ministry in introducing the vaccination programme and would continue to support and work closely with them towards promoting better health among the students.
K’jaan utamakan akses dan perluasan peluang pendidikan, latihan: Fatimah
KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Konsep 1Malaysia amat menitikberatkan akses dan usaha perluasan peluang pendidikan dan latihan kepada semua rakyat.

TERTARIK: Fatimah tertarik dengan potret beliau yang diberikan salah seorang pempamer sebagai penghargaan. Turut kelihatan Phyllis (tiga kanan). — Gambar Kong Jun Liung
Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata ia agar tidak ada rakyat, termasuk etnik minoriti yang berada jauh di pedalaman terpinggir daripada arus pembangunan modal insan.
“Dengan adanya pendidikan dan latihan yang secukupnya, pembangunan sosioekonomi yang seimbang antara wilayah atau kaum di Sarawak akan mudah dicapai.
“Selain itu, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk membangunkan tenaga profesional, pekerja mahir dan separa mahir bagi tujuan pembangunan ekonomi daripada sumber manusia yang berada di luar bandar,” katanya berucap merasmikan ‘The Borneo Post International Education Fair’ (BPIEF) 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.
Justeru beliau berharap usaha penganjur BPIEF untuk menganjurkan pameran sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) perlu diteruskan.
Ia katanya untuk menyediakan akses mengenai maklumat peluang bagi melanjutkan pengajian dan latihan kepada lepasan sekolah dan pelajar sekolah di negeri ini.
Menurut Fatimah, tidak mengira pengunjung itu lepasan sekolah, pelajar sekolah atau golongan dewasa bekerja yang ingin melanjutkan pengajian, mereka akan mendapat manfaat daripada penyediaan pendidikan yang pelbagai sepanjang acara dua hari itu.
“Tahun lepas Sarawak mencatat 40,029 lepasan sekolah iaitu 35,349 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 5,680 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
“Kita berharap mereka akan menggunakan peluang yang disediakan oleh BPIEF 2011 bagi merealisasikan latihan dan pendidikan mereka pada masa depan,” tegasnya.
Sementara itu Pengerusi BPIEF Dorge Rajah dalam ucapannya berkata BPIEF 2011 merupakan platform kepada semua pendidik bagi membantu ibu bapa dan pelajar lebih bijak memilih kursus dan institusi pengajian.
“Dengan sokongan kerajaan negeri, kami berjaya mengumpulkan 111 pempamer dan 20 daripadanya adalah dari negara China selain negara lain dan Malaysia yang menawarkan pelbagai kursus daripada pendidikan awal kanak-kanak hingga dewasa.
“Sokongan kuat daripada kerajaan merupakan asas dalam memastikan pendidikan kepada semua rakyat.
“Pendidikan berkualiti juga penting untuk meningkatkan taraf kehidupan serta membina bangsa dan negara,” katanya.
Hadir sama Penasihat BPIEF Phyllis Wong dan Adeline Lau.
BPIEF 2011 yang kali kedua diadakan pada tahun ini adalah anjuran Borneo Post.
Pameran yang bermula semalam dan berakhir hari ini berlangsung dari jam 11 pagi hingga 7 malam.
Saturday, February 19, 2011
STU intervenes for IPTS’ education graduates

SIBU: More education graduates from private higher learning institutes (IPTS) are now being absorbed into the teaching profession following Sarawak Teachers’ Union’s (STU) discussion with the Education Ministry.
STU president William Ghani Bina disclosed this on Wednesday, admitting, however, that the ministry had to give priority to its own trainees before considering employing IPTS’ education graduates.
He pointed out that if there were vacancies to be further filled, the ministry would call up IPTS graduates.
“But the situation has improved since we (STU) brought up the matter to the attention of the then Education Ministry director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
“The ministry is now getting more IPTS graduates as temporary teachers,” he told The Borneo Post when asked to respond to the plight of IPTS education graduates having difficulty in securing teaching jobs in government schools, compelling them to find jobs in other fields.
Some were reported to be still jobless while others had opted to study again in different fields.
A group of such graduates was reported to have contacted the media, highlighting their predicament while discussing their fate.
It was also reported that the group claimed that many of their peers, who applied to teach in government schools had their applications rejected as the state Education Department and most schools refused to accept them.
They claimed that they were not even offered the Untrained Temporary Teachers (GSTT) teaching post.
They, however, said there were some schools that would hire them but that the graduates had to settle for the much lower Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), or Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) or diploma salary scales. Towards this end, Ghani urged those IPTS education graduates, who had become teachers, to join the teachers’ union.
“This will ensure their welfare is better taken care of throughout their teaching career,” he said.-The Borneo Post
TPM setuju segera tambah sekolah di kawasan Permyjaya dan Senadin
MIRI: Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi persetujuan untuk menyegerakan pembinaan masing-masing dua buah sekolah rendah dan menengah di kawasan Permyjaya dan Senadin.
Menteri Muda Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin berkata Muhyiddin memberi jaminan itu kepada beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Miri di sini lewat petang Khamis lalu sebelum berlepas ke Kuching.
“TPM telah bersetuju untuk memberi keutamaan terhadap pembinaan dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah di kawasan Permyjaya (kawasan Desa Senadin) dan Tudan di sini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),” jelasnya.
Manakala empat sekolah yang dicadangkan itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permyjaya dan SMK Tudan serta Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan Jaya dan SK Desa Senadin.
Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata pembinaan segera empat sekolah itu adalah sebagai jalan penyelesaian kepada masalah kesesakan pelajar di beberapa sekolah sedia ada sekarang berikutan bertambahnya penduduk di tiga kawasan perumahan terbabit iaitu Senadin, Tudan dan Permyjaya.
“Lazimnya sebuah sekolah menengah hanya menempatkan seramai 1,000 pelajar pada satu-satu masa, sedangkan populasi Permyjaya sekarang adalah seramai 100,000 orang. Justeru proses mempercepatkan pembinaan sekolah baru itu amat dinanti-nantikan,” katanya sambil menambah tapak untuk membina sekolah-sekolah berkenaan telah disediakan.
Buat masa sekarang, kawasan Tudan dan Permyjaya mempunyai dua buah sekolah menengah iaitu SMK Merbau dan SMK Pujut serta empat sekolah rendah terdiri daripada SK Merbau, SK Tudan, SK Senadin dan SJK Chung Hua.
Selain itu, menurut Lee, TPM juga telah bersetuju untuk menaik taraf jalan pesisir pantai Bakam-Tanjung Kidurong dari Tahap R3 yang ada sekarang kepada Tahap R5 bagi membolehkan ia menampung kenderaan berat.
“Saya berasa amat gembira kerana Tan Sri Muhyiddin sanggup mengambil risiko dan cabaran dengan menggunakan jalan darat dari Batu Niah ke Lapangan Terbang Miri petang semalam untuk melihat sendiri keadaan jalan berkenaan yang beralun dan tidak rata serta perlu dinaik taraf,” katanya.
“Jalan berkenaan akan dinaik taraf ke Tahap R5 bagi menampung kenderaan berat memandangkan permukaan jalan berkenaan sangat beralun dan tidak rata kerana dibina di atas tanah berpaya dan TPM bersetuju agar ia dinaik taraf.”
Hadir sama mengucapkan selamat jalan kepada TPM dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta rombongan termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Residen Miri Antonio Kahti Galis serta beberapa ketua jabatan kerajaan.
Borang permohonan matrikulasi boleh dikemas kini mulai Isnin
KUALA LUMPUR:Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran akan membuka permohonan untuk mengemas kini borang program matrikulasi sesi 2011/2012 mulai 21 Februari hingga 6 Mac ini.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan semalam berkata hanya pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2010 yang sudah mengisi borang permohonan melalui Internet atau borang manual boleh mengemas kini borang itu bagi maklumat tambahan melalui laman web http://apps.moe.gov.my/permohonan_matrikulasi/semakan Pelajar-pelajar juga boleh menghubungi Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, bagi tujuan itu.
Sementara itu , Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan bahawa semakan
keputusan pengambilan kedua kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh dibuat pada 21 Feb ini menerusi laman web www.mara.gov.my
Pengambilan ini adalah bagi mengisi 1,370 tempat atau 13.7 peratus kekosongan iaitu 1,250 tempat bagi Tingkatan 1 dan 120 tempat untuk Tingkatan 4. Kumpulan pelajar pengambilan kedua ini akan mendaftar serentak pada 1 Mac ini.
Sejumlah 25,244 permohonan direkodkan bagi Tingkatan 1 dan 15,873 tempat bagi Tingkatan 4 bagi sesi 2011.
Daripada jumlah itu, MARA menawarkan 10,000 tempat iaitu 6,500 tempat untuk Tingkatan 1 dan 3,500 tempat untuk Tingkatan 4. pelajar bagi sesi 2011 mendaftar pada 7 Februari lepas di 46 MRSM di seluruh negara manakala MRSM Mukah, Sarawak, mendaftar pada 7 Mac ini. — Bernama
Monday, February 14, 2011
Program Perintis Usahawan 2011
Institut Usahawan Bumiputera (IUB) adalah sebuah badan yang telah ditubuhkan oleh MARA. Ia ditubuhkan bagi melaksanakan Program Perintis Usahawan.
Program Perintis Usahawan 2011
(Kuala Lumpur)
(Kuala Lumpur)
Responsibilities:
Adakah anda seorang Penganggur??
Sedang mencari pekerjaan??
Kami menyediakan peluang pekerjaan untuk anda....
Info Program:
- Pendapatan minimum bulanan RM 1,000.00
- Kerjasama dengan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia
Requirements:
Syarat-syarat kelayakan:
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun keatas
- Boleh membaca dan menulis
- Minat dalam bidang keusahawanan
- Boleh bekerja dalam kumpulan dan dibawah penyeliaan
- Graduan menganggur adalah digalakkan
Cara memohon: Sila hantar butir-butir diri kepada;
Institut Usahawan Bumiputera (IUB)
Tingkat 12, Pertama Kompleks
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2692 1904 Faks:03-2692 6904
Website: www.iubmara.com.my
E-mail: iubmara@yahoo.com
Tarikh Tutup : 04.03.2011
Subscribe to:
Posts (Atom)



